Print
HEP
Hits: 1630

PENGENALAN

Unit Pengurusan Kolej ditubuhkan pada 16 Jun 1996 selaras dengan penubuhan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pada mulanya, kolej di UiTM Cawangan Pulau Pinang terdiri dari bangunan bangunan sekolah di Permatang Pasir. Pada tahun 2002 penempatan pelajar di bangunan sekolah telah ditutup apabila UiTM Cawangan Pulau Pinang membeli dua blok Pangsapuri Idaman iaitu bangunan berdekatan bulatan Bukit Tengah. Blok tersebut dijadikan penempatan pelajar dan dinamakan Kolej Mutiara.

Pada Ogos 2003, kampus tetap ditubuhkan di Jalan Permatang Pauh dan mula beroperasi dengan Kolej Mutiara yang mengandungi dua blok kediaman iaitu siswa di Blok 04 dan siswi di Blok 02 berkapasiti 1100 pelajar.

Pada 2004, dua buah kolej kediaman telah disiapkan di dalam kampus dengan kapasiti 960 pelajar bagi setiap buah beserta kemudahan dewan makan. Kolej kediaman berkenaan diberi nama Kolej Baiduri (siswi) dan Kolej Zamrud (siswa).

Kemudian bermula 2010, pembinaan kolej tambahan giat dijalankan di dalam kampus sehingga penghujung 2011. Setelah pembinaan kolej berkenaan siap pada Novemver 2011, kolej kediaman telah distrukturkan semula mengikut keperluan semasa dan kapasiti pelajar.

 

 

KAPASITI BLOK KEDIAMAN

 

 

OBJEKTIF UPKNR

 

 

MISI & MISI UPKNR