Ruang niaga boleh ditakrifkan sebagai ruang berstruktur dan ruang tidak berstruktur. Ruang berstruktur bermaksud premis yang disediakan untuk menjalankan perniagaan seperti kafeteria, kedai serbaneka (mini market), kedai alat tulis, CyberCafe, perkhidmatan dobi dan sebagainya. Manakala ruang tidak berstruktur adalah seperti Ruang Legar Laman Perdana, Ruang Legar Laman Siswa, Loading Bay atau tempat letak kereta yang boleh digunakan untuk mempromosi dan menjual perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh pihak syarikat.

Pada 2016, berdasarkan keputusan yang dibuat melalui Jawatankuasa Eksekutif UiTM Cawangan Pulau Pinang, pengurusan ruang niaga UiTM diletakkan dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

BIL PERKARA
1 Jawatankuasa Ruang Niaga
2 Senarai Ruang Niaga
3 Tugas dan Tanggungjawab Ruang Niaga
4 Permohonan dan Penggunaan Ruang Tidak Berstruktur
5 Penyewaan Ruang Niaga Berstruktur secara Kontrak