Tarikh : 26 November 2016

 

Tempat : The Light Hotel, Seberang Jaya.

 

Tujuan : Bagi mengumpulkan alumni-alumni UiTM terutamanya dari cawangan Pulau Pinang sejak penubuhannya pada 1996 serta merapatkan hubungan alumni dengan warga kampus. Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik pada sebelah pagi, diikuti pertandingan bolasepak dan ‘in-door game’ pada sebelah petang. Pada malamnya pula, majlis makan malam bertemakan ‘Dilwale’. Program ini disertai lebih 80 orang yang terdiri daripada alumni, wakil industri dan penaja serta staf UiTM cawangan Pulau Pinang.

Pada majlis makan malam tersebut, turut diadakan penyampaikan sijil kepada finalis Ikon Alumni dan juga Anugerah Ikon Alumni UiTM Pulau Pinang. Anugerah Ikon Alumni Keusahawanan telah diberikan kepada Haji Jamil Bakri yang kini merupakan CEO Worldbay Solution Sdn Bhd, manakala Anugerah Ikon Alumni Akademik diterima oleh Dr Aidi Hizami Alias yang kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia.

Diharapkan program ini menjadi satu permulaan untuk lebih banyak aktiviti berimpak di antara para alumni dan pelajar UiTM melalui perkongsian pengalaman, peluang kerjaya dan sebagainya.