1. Bidang Kuasa JAWATANKUASA IT & ELEKTRONIK NEGERI (JITEN)

DASAR

  1. Meluluskan permohonan perolehan ICT negeri yang bernilai kurang RM500,000.00 merangkumi skop IT, Alat Pandang Dengar, Peralatan Elektronik Pejabat dan Makmal, Telekomunikasi dan Sumber Digital (Digital Resources).
  2. Menetapkan arah tuju dan strategik untuk perlaksanaan IT kampus negeri.
  3. Menyelaras dan menyeragamkan perlaksanaan IT kampus negeri agar selari dengan pelan strategik IT UiTM dan pelan strategik IT sektor awam.
  4. Mengetuai dan memantau perkembangan program IT kampus negeri serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam perlaksanaan IT.
  5. Mengenalpasti peruntukan perolehan Pusat Tanggungjawab.

TEKNIKAL

ICT

  1. Mengesahkan penentuan (spesifikasi) teknikal alat-alat komputer, pencetak, perisian dan lain-lain perkara yang berkenaan.
  2. Mengemaskini maklumat serta ilmu pengetahuan di dalam bidang ICT berdasarkan kepada perkembangan terbaru ICT.
  3. Menganalisis dokumen-dokumen tender yang berkaitan dengan alat-alat komputer dan yang berkaitan dengannya.
  4. Mengendalikan ujian ‘benchmark’ ke atas sistem-sistem komputer yang perlu bagi membantu dan memastikan kesahihan dan kepastian penentuan teknikal alat-alat berkenaan.
  5. Mengkaji syarikat-syarikat pembekal alat-alat komputer dan yang berkaitan dengannya bagi memastikan kewibawaan dan keupayaan syarikat-syarikat berkenaan dari segi kebolehan membekal dan memberi perkhidmatan selepas jualan.
  6. Membentangkan laporan analisis dokumen tender bagi alat-alat computer dan yang berkaitan dengannya kepada Lembaga Perolehan UiTM untuk mendapat keputusan muktamad.
  7. Membuat pengesahan spesifikasi dan pengesahan ujilari bagi 2 had nilai perolehan peralatan ICT seperti berikut:
  8. Had nilai perolehan bernilai sehingga RM500,000.00
  9. Had nilai perolehan lebih daripada RM500,000.00 untuk tender berpusat (Contoh : Komputer Sewa)

 Alat Pandang Dengar

  1. Mengesahkan laporan analisa teknikal pembelian peralatan Alat Pandang Dengar (APD) melalui Sebut harga Rasmi/Tender kepada Jawatankuasa Sebut harga/Lembaga Perolehan UiTM.
  2. Menyelaras, mengawal, meneliti dan meluluskan semua permohonan pembelian kanperalatan alat pandang dengar yang dikemukakan oleh pelanggan (Institut, Fakulti, Pusat, Pejabat, Bahagian, Unit dan lain-lain) melalui Perolehan Terus.
  3. Jawatankuasa yang mengkaji, menilai dan mencadangkan keperluan alat pandang dengar di UiTM untuk mengoptimumkan faedah yang diperolehi oleh pensyarah di dalam hal ehwal pengajaran dan pembelajaran.Mentafsir, merangka dan mencadangkan dasar pembelian, penggunaan, keperluan peralatan alat pandang dengar dan teknologi audio visual bagi mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di UiTM.
  4. Mewujudkan garispanduan dan standard pemasangan peralatan alat pandang dengar yang digunapakai oleh UiTM.
  5. Membuat pengesahan spesifikasi dan pengesahan ujilari bagi 2 had nilai perolehan alatan pandang dengar seperti berikut:
  6. Had nilai perolehan bernilai sehingga RM500,000.00
  7. Had nilai perolehan lebih daripada RM500,000.00 untuk tender berpusat (jika ada)

Elektronik

  • Peralatan Elektronik Pejabat & Makmal
  1. Menyemak, meluluskan dan mengesahkan spesifikasi teknikal peralatan elektronik pejabat /makmal dan anggaran PTJ.
  2. Mengkaji, menilai serta membuat syor teknikal dan harga sebut harga/pretender kepada mana-mana pihak yang akan meluluskan perolehan tersebut.
  3. Mengesahkan penerimaan bekalan/perkhidmatan/kerja mengikut spesifikasi tawaran yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga Rasmi atau Lembaga Perolehan atau mana-mana pihak yang telah diberi kuasa untuk meluluskan sesuatu perolehan.
  4. Membuat pengesahan spesifikasi dan pengesahan ujilari bagi 2 had nilai perolehan peralatan elektronik (automasi pejabat) seperti berikut:
  5. Had nilai perolehan bernilai sehingga RM500,000.00
  6. Had nilai perolehan lebih daripada RM500,000.00 untuk tender berpusat (Contoh: Mesin Fotostat)
  • Telekomunikasi
  1. Mengenalpasti isu, menyelia pelan tindakan untuk menambahbaik perkhidmatan telekomunikasi (telefon, internet dan walkie talkie)
  2. Bertanggungjawab dari segi pelaksanaan dan pemantauan kemudahan telekomunikasi kampus Shah Alam serta meneliti laporan kepenggunaan talian telefon.
  3. Membuat pengesahan spesifikasi dan pengesahan ujilari bagi 2 had nilai perolehan peralatan telekomunikasi seperti berikut:
    1. Had nilai perolehan bernilai sehingga RM500,000.00
    2. Had nilai perolehan lebih daripada RM500,000.00 untuk tender berpusat (jika ada)

Sumber Digital

  1. Menilai kesesuaian langganan/perolehan sumber elektronik yang dipohon daripada pihak fakulti/Bahagian/Jabatan.
  2. Menyemak kemunasabahan bahan dalam bidang-bidang yang relevan bagi menyokong keperluan rujukan, Penyelidikan dan pembelajaran.
  3. Meluluskan permohonan yang bersesuaian dengan keperluan pihak Universiti.
  4. Membuat pengesahan spesifikasi dan pengesahan ujilari bagi 2 had nilai perolehan peralatan sumber digital seperti berikut:
  5. Had nilai perolehan bernilai sehingga RM500,000.00
  6. Had nilai perolehan lebih daripada RM500,000.00 untuk tender berpusat (jika ada)
 2. KEANGGOTAAN JITEN
 3. JAWATANKUASA TEKNIKAL MENGIKUT BIDANG
 4. SENARAI PERALATAN YANG PERLU DIPOHON MELALUI JITEN
 5. PANDUAN PERMOHONAN 
 6. MUAT TURUN BORANG