VIDEO MONTAJ KETAMPAKAN JABATAN SAINS GUNAAN 2019: https://www.youtube.com/watch?v=yzcVfsBGYZs

 

SEJARAH PENUBUHAN

Kampus Sementara (1996 - 2004)

Apabila UiTM Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir, jabatan ini telah diwujudkan sebagai Jabatan Sains Kejuruteraan yang diletakkan di bawah pengurusan Fakulti Kejuruteraan. Kakitangan di jabatan ini terdiri daripada pensyarah dalam bidang fizik, kimia, matematik dan sains komputer serta disokong oleh beberapa orang pembantu makmal.

Apabila fakulti sementara ini disusun semula, beberapa fakulti telah dibangunkan seperti Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Para pensyarah di bawah Jabatan Sains Kejuruteraan telah dipecahkan mengikut bidang masing-masing di mana bidang Fizik-Kimia diletakkan di bawah Fakulti Sains Gunaan (FSG). FSG berperanan memberikan khidmat mengajar kod kimia dan fizik yang diwajibkan ke atas pelajar diploma kejuruteraan.

 

Kampus Tetap 

Dengan perpindahan kampus sementara ke kampus tetap di Permatang Pauh, serta, selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh kampus induk UiTM Shah Alam, Fakulti Sains Gunaan telah dikenali sebagai Jabatan Sains Gunaan sehingga sekarang kerana tidah menawarkan sebarang program diploma atau sarjana muda.

 

KOORDINATOR (SEJAK 1996)

Norsaadah Awang @ Md Amin (1996-1999)

Sarina Md Jam (1999-2003)

Abd Halim Abdul Hamid (2003-2008)

Mohd Noor Mohd Ali (2008-2010)

Sharaf Ahmad (2011-2013)

Mohd Haris Ridzuan Ooi Abdullah (2013 – 2017)

Dr. Mohd Muzafa Jumidali (2017 - sekarang)

 

VISI JABATAN

Menjadikan JSG sebagai sebuah jabatan yang terbilang dalam bidang sains dan dikenali oleh masyarakat sekitar serta menjadi tempat rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

 

MISI JABATAN

Memperkukuh minat generasi muda bumiputra terhadap sains supaya menjadi professional yang berfikiran kritikal, analitikal dan inovatif berteraskan sains.

 

1. Menanamkan minat generasi muda bumiputra terhadap sains.

2. Menyediakan generasi muda bumiputra yang celik dan mempunyai asas yang kukuh dalam bidang sains.

3. Menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.

4. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur bagi pembelajaran dan pengajaran sains.

5. Mewujudkan suasana kondusif terhadap pengajaran dan pembelajaran sains melalui penyelidikan dan pembangunan.

6. Membangun dan memperkembangkan pengajaran dan pembelajaran melalui penyelidikan dan pembanguanan.

7. Menjadi rujukan utamaoleh mesyarakat dalam pengajaran dan pembelajaran sains.