Aktiviti Week Without Wall (WWW)

[Lawatan Industri]

 

Perlaksanaan Week Without Wall (WWW) UiTM Cawangan Pulau Pinang pada semester ini adalah pada minggu ke 6 bermula 7hb hingga 11 hb Oktober 2019 dan penyampaian Fleksibel telah dikuatkuasakan. Oleh itu beberapa orang pensyarah dari Jabatan Pengurusan dan Perniagaan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke industri.

 

Pada kebiasaannya ramai pelajar berminat untuk menyertai program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak universiti. Terdapat beberapa kebaikan melalui program lawatan sambil belajar.  

# Menambah Ilmu Pengetahuan

Kebaikan pertama membuat lawatan sambil belajar ialah pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Lokasi lawatan sambil belajar adalah di tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh pelajar. Kebiasaannya pelajar dibekalkan dengan buku catatan dan digalakkan membuat pertanyaan kepada pegawai bertugas di tempat yang dilawati. Tempat-tempat yang di lawati adalah terdiri daripada premis perniagaan usahawan tempatan dan kilang-kilang pemprosesan. Pengetahuan yang diperolehi ini biasanya lebih kekal lama kerana pelajar menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan maklumat.

# Menimba Pengalaman Baru

Di samping itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberikan pengalaman kepada pelajar. Pembelajaran melalui pengalaman ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Sesungguhnya pengalaman yang dilalui semasa lawatan sambil belajar tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit.

 

# Memberi Semangat Kepada Pelajar

Selain itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberi  semangat kepada pelajar untuk belajar dengan lebih rajin. Bagi sesetengah pelajar, mereke memerlukan suasana yang sebenar bagi mendorong mereka untuk belajar. Sewajarnya tempat-tempat yang dapat memberi motivasi kepada pelajar secara langsung dan tidak langsung menjadi fokasi utama lawatan. 

 

 # Kaedah Pengajaran Kepada Pelajar

Bagi pensyarah, lawatan sambil belajar merupakan salah satu kaedah pengajaran kepada pelajar. Pengajaran dalam kelas kadang-kadang membosankan pelajar. Dengan adanya program lawatan sambil belajar, pelajar akan berasa seronok di samping mendapat pengalaman baru.

 

Antara lawatan industri yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

 

1. Lawatan Industri ke Haliza Industries Sdn. Bhd

Pensyarah : Dr. Nor Aminin Khalid

Tarikh :

 

  

   

 

2. Lawatan Industri ke Kilang Teratak Coklat

Pensyarah : Dr. Santhamerry Thominthan

Tarikh :

 

 

 

 

3. Lawatan Industri ke Kilang Spritzer

Pensyarah : Professor Madya Dr. Song Saw Imm

Tarikh :

 

 

 

Colloquium JPP 2019/2

Tarikh : 13 September 2019 (Jumaat)

Masa : 9AM – 12PM

Tempat : Bilik Perdana 1, UiTM Cawangan Pulau Pinang

 

Colloquium JPP 2019/2 merupakan sesi kolokium siri ke-2 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, bertempat di Bilik Perdana 1, pada 13 September 2019. Kolokium ini bermatlamat untuk menyediakan platform kepada para akademik dan pelajar siswazah berinteraksi dan berkongsi idea, pengalaman dan kepakaran dalam bidang berkaitan pengurusan & perniagaan dan ianya juga memberi peluang untuk berbincang isu-isu terkini.

Colloquium JPP 2019/2 juga komited dalam mencipta peluang kerjasama dan kolobrasi dalam kalangan peserta di kalangan pensyarah dan pelajar-pelajar pasca siswazah. Sebanyak 5 kertas kerja tempatan telah dibentangkan dalam sesi kolokium ini.

Antara peserta-peserta yang terlibat dalam pembentengan kertas kerja adalah seperti berikut:

Pembentang

Tajuk

Dr. Baderisang Mohamed

 

IR 4.0 Impact on Management

Pn. Shaira Ismail

The Impact of High Performance Work Systems (HPWSs) on Organisational Performance by the Roles of Job Design

 

Angayar Kanni Ramaiah

The Thin Line Between Collusion and Cooperation: Revisiting SME Cartel in Malaysia

 

Pn. Nor Hidayah Harun

An empirical study of socioeconomic determinants of crime in Malaysia: ARDL Approach

 

Pelajar Pasca Siswazah

Cross- Island Engineering Postgraduate Admission: Joint Venture Innovation between Island to Island.

 

 

Galeri :

  

 

  

 

  

2019

Mesyuarat Inisiatif Kerjasama FPP UiTM Cawangan Pulau Pinang & JPKVK

Tarikh : 22 Julai 2019

Masa : 10.00 - 1 tengahari

Tempat : Bilik Perdana 1, UiTM Cawangan Pulau Pinang

 

Mesyuarat inisiatif kerjasama di antara Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang dengan Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Kulim (KVK) bertempat di Bilik Perdana, UiTMCPP pada hari Isnin, 22hb Julai 2019.

Mesyuarat ini berlangsung selepas selesainya mesyuarat kolaborasi yang pertama di antara Kolej Vokasional Kulim dengan UiTM Cawangan Pulau Pinang di Research Garden, UITMCPP.

Di antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah pengukuhan kerjasama di dalam bidang penilaian berterusan, penyediaan modul dan penulisan buku akademik.

Galeri :

 

 

 

 

Colloquium JPP 2019/1

Tarikh : 20 Mac 2019 (Rabu)

Masa : 12PM – 1.40PM

Tempat : Bilik Perdana 1, UiTM Cawangan Pulau Pinang

 

Satu sesi kolokium (Colloquium JPP 2019/1) telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, bertempat di Bilik Perdana 1, pada 20hb Mac 2019. Kolokium ini bermatlamat untuk menyediakan platform kepada para akademik dan pelajar siswazah berinteraksi dan berkongsi idea, pengalaman dan kepakaran dalam bidang berkaitan pengurusan & perniagaan dan ianya juga memberi peluang untuk berbincang isu-isu terkini.

Colloquium JPP 2019/1 juga komited dalam mencipta peluang kerjasama dan kolobrasi dalam kalangan peserta di kalangan pensyarah dan pelajar-pelajar pasca siswazah. Sebanyak 4 kertas kerja tempatan telah dibentangkan dalam sesi kolokium ini.

 

Antara peserta-peserta yang terlibat dalam pembentengan kertas kerja adalah seperti berikut:

Pembentang

Tajuk

Angayar Kanni Ramaiah

Competition In Digital Economy: Fate Of Consumer Welfare In Malaysia.

 

Dr. Santhanamery Thominathan

The Effect of Optimism Bias and Perceived Risk on The Continuance Usage Intention Of E-Government Service

 

Pn Melinda @Siti Asmah bt Yunos

Geodemographic characteristics of peri-urban area and retail format choice: a conceptual model.

 

Dr. Samsudin Wahab, Noorsaliza Amin Nudin

Training Innovation and Employees Performance.

 

 

Galeri :