Program Khidmat Masyarakat APB UiTMCPP

Tahun 2019

1. Free Market 2019

Maklumat program:

Program penyerahan barangan keperluan asas pelajar di ‘Free Market’ ini merupakan satu usaha murni untuk membantu golongan pelajar yang tersenarai sebagai penerima bantuan zakat sahaja. Program ini memerlukan sumbangan barangan keperluan asas pelajar seperti peralatan penulisan, barang-barang pembersihan dan dandanan diri dan snack atau makanan kering. Oleh yang demikian, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pulau Pinang bercadang untuk mengadakan program ini bagi meringankan beban pelajar penerima bantuan zakat dalam menjalani urusan seharian. Barang-barang ini diperolehi melalui sumbangan ikhlas daripada staf APB dan staf dari semua fakulti UiTMCPP.

Program‘Free Market’ ini merupakan satu konsep penyerahan barangan secara percuma kepada pelajar UiTMCPP yang menerima bantuan zakat yang mana mereka dibenarkan mengambil setiap barangan yang diperlukan. Beberapa orang pelajar juga turut terlibat dan dilantik sebagai AJK program tersebut. Program ini diadakan pada 25 Mac 2019 di Bilik Tutorial 3, UiTM Cawangan Pulau Pinang

(Koleksi gambar terdapat di ruangan Galeri) 

 

2. Nur Ramadhan 2.0

Maklumat program:

Dengan niat untuk memanjangkan rasa kasih sesama insan, pihak Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Pulau Pinang ingin menganjurkan Program Nur Ramadhan dengan mengumpul barang-barang keperluan asas yang akan disalurkan kepada sekurang-kurangnya 20 keluarga asnaf bagi persediaan menyambut Bulan Ramadhan pada tahun ini. Barang-barang ini adalah seperti barang makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung gandum dan sebagainya.

Selain dapat meringankan beban ahli–ahli keluarga asnaf ini, pogram ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti sikap bekerjasama, semangat berpasukan, tolong-menolong, dan prihatin dalam kalangan staf APB yang sama-sama menjayakan usaha mengutip dana dan barangan yang bakal disalurkan kepada keluarga-keluarga yang terlibat.

Program yang buat kali kedua dijalankan ini mendapat kerjasama AJK Surau Taman Sutera Prima yang terletak di belakang UiTM Cawangan Pulau Pinang. Keluarga asnaf yang dipilih sendiri oleh AJK surau adalah daripada kalangan penduduk di dalam karyah ini. Memang menjadi tuntutan bagi kita membantu mereka yang berada dekat dengan kita. Majlis berbuka puasa turut sama akan diadakan di surau ini pada tarikh tersebut. Kebanyakan pelajar NR UiTMCPP yang tinggal disekitar kawasan selalunya berbuka puasa di sini. Program ini diadakan pada 11 Mei 2019 di Surau Taman Sutera Prima, Permatang Pauh.

(Koleksi gambar terdapat di ruangan Galeri) 

 

Tahun 2018

1. Free Market di Pasar Besar Kulim

Maklumat program:

Program penyerahan barang-barang keperluan asas di ‘Free Market’ ini merupakan satu usaha murni untuk membantu golongan yang memerlukan sumbangan seperti barang-barang keperluan dapur, pakaian dan keperluan rumah seperti selimut, bantal dan cadar.  Akademi Pengajian Bahasa UITM Pulau Pinang maka dengan itu telah berkolaborasi bersama Kolej Komuniti Kulim dan mengadakan program ini bagi meringankan beban dan memudahkan komuniti di kawasan Kulim ini menjalankan urusan seharian. Barang-barang ini diperolehi melalui sumbangan ikhlas daripada staf-staf APB. ‘Free Market’ merupakan satu konsep penyerahan barang secara percuma kepada ahli masyarakat di sesuatu tempat di mana mereka dibenarkan mengambil apa sahaja yang diperlukan. Ianya diadakan di Pasar Besar Kulim pada 14 Februari 2018 dari pukul 9 pagi hingga 1 tengahari.

(Koleksi gambar terdapat di ruangan Galeri) 

 

2. Nur Ramadhan 1.0

Maklumat program:

Dengan niat untuk memanjangkan rasa kasih sesama insan, pihak Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Pulau Pinang telah menganjurkan Program Nur Ramadhan dengan mengumpul barang-barang keperluan asas yang akan disalurkan kepada 10 keluarga asnaf bagi persediaan menyambut Hari raya Aifilfitri pada tahun 2018. Barang-barang ini adalah seperti barang makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, gandum dan sebagainya. Selain dapat meringankan beban ahli–ahli keluarga asnaf ini, pogram ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti sikap bekerjasama, semangat berpasukan, tolong-menolong, dan prihatin dalam kalangan staf APB yang sama-sama menjayakan usaha mengutip dana dan barangan yang bakal disalurkan kepada keluarga-keluarga yang terlibat. Program ini telah diadakan pada 19 Mei 2018 di Surau Taman Sutera.

(Koleksi gambar terdapat di ruangan Galeri) 

 

3. Serambi Cerita

Maklumat program:

Dengan niat untuk memanjangkan rasa kasih sesama insan, pihak Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Pulau Pinang telah menganjurkan Program Serambi Cerita Bersama Warga Emas Darul Hanan 2018. Tujuan program adalah untuk beramah mesra dan menceriakan warga emas di situ dengan mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti sesi senaman ringan, aktiviti sukaneka dan sesi perkongsian cerita dan pengalaman. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pensyarah-pensyarah APB dan warga emas Darul Hanan, pogram ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti sikap bekerjasama, semangat berpasukan, tolong-menolong, dan prihatin dalam kalangan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pogram tersebut. Program ini diadakan pada 19 Julai 2018 di Pusat Kebajikan Darul Hanan.

(Koleksi gambar terdapat di ruangan Galeri) 

 

4. Kamus 1000 Makna Siri 2

Maklumat program:

Program ini adalah merupakan satu program khidmat masyarakat yang dianjurkan secara kolaborasi tiga jabatan iaitu Jabatan Sains Gunaan, Jabatan Sains Komputer dan Matematik dan Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pihak Jawatankuasa telahpun berusaha untuk menggerakkan kutipan dana sumbangan bagi tujuan pembelian kamus Dwi Bahasa. Program ini berorientasikan penyampaian ilmu secara berterusan ke kawasan-kawasan pedalaman dan ke sekolah-sekolah yang memerlukan di sekitar negeri-negeri zon Utara. Kamus-kamus tersebut akan didermakan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan terbabit untuk kegunaan mereka bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka. 

Program ini diberikan nama ‘Satu Kamus Seribu Makna’ kerana program ini membawa maksud setiap satu kamus yang diberi akan memberikan begitu banyak makna sama ada kepada penyumbang kamus mahupun penerima kamus itu sendiri yang digambarkan dalam istilah, ‘seribu makna.’ Ungkapan, ‘seribu makna’ itu juga merujuk kepada fungsi sebuah kamus yang mengandungi beribu perkataan dan maksud untuk perkataan-perkataan tersebut.

(Koleksi gambar terdapat di ruangan Galeri) 

Nama

Noor Laili Bt. Mohd. Yusof

 

Jawatan

 Pensyarah Kanan / Penyelaras KKB

Kelayakan

 M. Ed. TESL

Bilik

 Blk. 4.42, Kompleks Perdana

Samb.

 3368/3494

Email

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kepakaran

 TESL, Communication

Bidang Penyelidikan

 Second language acquisition, Communication skills

Keahlian Profesional

 NUTP

Penerbitan

Prisma

Nama

Norhafizah Bt. Abdul Halil

 

Jawatan

 Pensyarah

Kelayakan

 B. Ed. TESL, M. Ed. TESL

Bilik

 Blk 5.16, Tingkat 5, Perdana

Samb.

3445

Email

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kepakaran

Speaking anxiety, Sociolinguistics, Classroom management

Bidang Penyelidikan

 TESL, second language teaching and learning

Keahlian Profesional

 -

Penerbitan

 prisma

Nama

Emily Jothee Mathai

 

Jawatan

Pensyarah Kanan

Kelayakan

B.A. (Ed) Hons, M. Sc. (IT) 

Bilik

Blk 4.40, Kompleks Perdana  

Samb.

3366 

Email

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Kepakaran

English (TESL)

Bidang Penyelidikan

Communication Skills, Peer Assessment, Vocabulary

Keahlian Profesional

 NUTP

Penerbitan

Prisma

Nama

Syahirah Bt. Ramli

 

Jawatan

Pensyarah

Kelayakan

B.Ed. TESL (Hons)
M.Ed TESOL

Bilik

3.17, BKBA

Samb.

2571

Email

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kepakaran

Teaching English as a Second Language

Bidang Penyelidikan

Teachers’ Professional Development
ESL
Online Learning
Community of Practice

Keahlian Profesional

MELTA

Penerbitan

Prisma