Pada awal penubuhannya ia dikenali dengan nama Pusat Bahasa. Ia mula beroperasi pada tahun 1996 selaras dengan penubuhan UiTM Pulau Pinang di Permatang Pasir dengan menawarkan kursus-kursus bahasa pada peringkat diploma kepada pelajar-pelajar di Jabatan Elektrik dan Mekanikal. Pada tahun 2002, nama Pusat Bahasa telah diubah kepada Akademi Pengajian Bahasa. Akademi Pengajian Bahasa mempunyai perkhidmatan menyediakan kursus-kursus Kemahiran Bahasa kepada penduduk setempat di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Kursus-kursus seperti Bahasa Inggeris, Mandarin dan Arab ditawarkan. Pakej-pakej bahasa juga ditawarkan bagi memenuhi kehendak badan-badan kerajaan dan swasta.

 

VISI

Sebagai pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran pelbagai bahasa. Setiap pelanggan adalah utama dan istimewa. Kami beriltizam menunaikan kewajipan untuk menjamin keberkesanan serta kelangsungan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berfaedah kepada pelajar, kakitangan UiTM, industri, organisasi dan masyarakat.

 

MISI

Merupakan sebuah akademi yang ulung dan menawarkan khidmat bahasa berkualiti kepada individu dan badan korporat selaras dengan aspirasi sebuah negara dinamik.

 

OBJEKTIF

  • Membentuk unit-unit pakar dalam bidang-bidang khusus.
  • Meningkatkan kemahiran dan kelayakan tenaga pengajar.
  • Menghasilkan graduan yang mempunyai keyakinan dan sifat-sifat murni dalam penggunaan bahasa.
  • Membantu siswa siswi dalam penggunaan bahasa semasa proses pembelajaran di UiTM.
  • Melahirkan siswa siswi yang menguasai pelbagai bahasa untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan cekap dalam kerjaya dan sosial.
  • Mendedahkan tenaga pengajar kepada metodologi dan teknologi pengajaran dan pembelajaran bahasa terkini.
  • Mewujudkan hubungan profesional dan akademik di antara tenaga pengajar universiti ini dengan institusi pengajian tinggi lain dan industri kawasan utara serta luar negara.
  • Menawarkan kursus-kursus bahasa kepada masyarakat setempat dan luar.
 

Jumlah Staf Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh & Kampus Bertam)
(data sehingga Jun 2019)

Gred Jawatan

DM54

DM52

DM45

PTFT

JUMLAH

Unit Bahasa Inggeris

0

21

5

 -

26

Unit Bahasa Asing & Eropah

1

3

2

-

6

Keseluruhan 1 24 7 - 32