PENGENALAN

Kutipan dan Agihan Zakat bermula apabila melihat keberjayaan Unit Zakat Shah Alam menjalankan MoU bersama MAIS. Pelancaran ini dijalankan pada 6 Oktober 2010 bertempat di Dewan Besar UiTM Pulau Pinang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Jemputan bagi merasmikan MoA adalah terdiri daripada Naib Canselor Y. Bhg. Dato. Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Y. Bhg. Ust. Hj. Ellias Hj. Zakaria (YDP MAINPP) dan Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman Hj. Abbas.

Pelancaran ini melibatkan seramai 600 orang staf dan 400 orang pelajar. Ia melibatkan majlis menandatangani MOA dan pelancaran yang telah dijalankan oleh PUZ & UiTMPP. Pihak yang menandatangani ialah Naib Canselor Y. Bhg. Dato. Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar disaksikan oleh Prof Madya Mohd Zaki Abdullah manakala pihak PUZ pula yang menandatangani adalah Y. Bhg. Ust. Ellias Hj. Zakaria (YDP MAINPP) dan disaksikan oleh Tn. Hj. Dr. Azman iaitu Pengurus Besar PUZ.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan komitmen warga Muslim UiTM unutk membayar zakat.
  • Membantu agihan harta zakat dengan lebih efisien.
  • Menyediakan dana bantuan pendidikan kepada para pelajar UiTM.
  • Menyediakan bantuan kecemasan kepada warga UiTM yang ditimpa bencana
FUNGSI

Unit Zakat ACIS di UiTM Pulau Pinang ini mempunyai 3 fungsi utama iaitu berfungsi sebagai entiti yang menjalankan program pembangunan, kutipan dan pengagihan zakat kepada seluruh warga UiTM yang berhak.

KELEBIHAN

Kelebihan Membuat Potongan Di UiTMPP

  • Kutipan akan diagihkan kembali kepada warga pelajar UiTM Pulau Pinang.
  • Mendapat pelarasan/ rebet cukai pendapatan.
  • Gaji kakitangan UiTM dikampus-kampus dibayar oleh bahagaian gaji, pejabat Bendahari UiTM Shah Alam.
  • Pulangan bayaran zakat dapat diketahui kepada siapa dan untuk apa.
AGIHAN
  • Zakat akan diagihkan kepada 4 asnaf yang dipersetujui hanya kepada mahasiswa/I UiTM Pulau Pinang.
  • Bantuan dalam bentuk bayaran yuran, sara hidup, hari raya, kesihatan dll.
  • Asnaf tersebut adalah fakir, miskin, fi sabilillah dan muallaf
SYARAT PEMOHONAN
  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon juga mestilah merupakan pelajar sepenuh masa Universiti ini.
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan kewangan daripada mana-mana institusi. Cth : MARA, Petronas, Shell dsb.
CARTA ALIR