PINGAT EMAS DI DALAM INTERNATIONAL SCIENCE & SOCIAL INNOVATION 2019, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Tarikh: 20/11/2019

Tempat: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Tajuk Projek: The Innovative and Integrated Method to  Analyse Shallow Failure in Tropical Regions (Inno-SaWSLOPSLiDE)

 

Tahniah di ucapkan kepada Ts. Dr. Basharudin Bin Abdul Hadi kerana berjaya merangkul pingat Emas di International Science & Social Innovation 2019 yang berlansung Universiti Sains Islam Malaysia. Kaedah Analisa yang berinovasi ini terhasil dari penyelidikan melalui geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang diperolehi pada tahun 2019 dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian yang di jalankan selama setahun ini dapat memberikan gambaran sebenar kejadian tanah runtuh di zon tropika di seluruh dunia. Penemuan dari penyelidikan ini iaitu kegagalan di zon cetek akibat kekuatan tanah yang berbeza dan kekuatan tanah yang berubah – ubah telah menarik perhatian para hakim di peringkat antarabangsa ini. Lebih menarik persembahan hasil penyelidikan berinovasi ini di bentangkan oleh pelajar di peringkat Ijazah Sarjana (Master), saudara Muhamad Majidee Rajhan. Pasukan inovasi ini juga terdiri dari tiga (3) pensyarah lain iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Jamaludin b Md. Noor, Ts. Dr. Adnan bin Derahman dan Dr. Nor Aminin Khalid.                                                             

Pasukan ini amat berterimakasih kepada pihak pentadbiran fakulti dan universiti yang sentiasa menyokong sebarang usaha untuk mengorak langkah bagi menyemarakan kegiatan inovasi dan penyelidikan di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini memberi daya sumber baru motivasi kepada semua warga FKA UiTM Kampus Permatang Pauh, UiTM Pulau Pinang.

 

 

 

PROGRAM 'NEW LEAF' UiTMCPP

Tarikh: 23/11/2019

Tempat: Perkarangan UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

 

Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES), Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), Kampus Permatang Pauh telah menganjurkan program “New Leaf” dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menyaksikan lebih 260 anak pokok daripada spesis Ixora atau lebih dikenali pokok  Jejarum ditanam di sekitar kampus. Program ini adalah inisiatif P’CES dalam menghijaukan kampus dan menghidupkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan berkesan di mana suasana hijau dalam kampus mampu membantu ekosistem alam berfungsi dengan sempurna seperti pembebasan gas oksigen yang mampu mengimbangai pembebasan gas karbon dioksida akibat daripada  aktiviti seperti perindustrian, pengangkutan dan pembakaran terbuka.


Program didahului dengan upacara perasmian di mana para Pengurusan Tertinggi UiTMPP yang diketuai Rektor UiTMPP, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hisbany bin Mohd Hashim menanam anak-anak pokok disekitar Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan turut dimeriahkan dengan penyertaan lebih 100 peserta terdiri daripada pensyarah dan staf Pusat Pengajian  Kejuruteraan Awam serta pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Infrastruktur). Turut serta dalam program ini adalah pelajar-pelajar yang sedang mengambil subjek Environmental Infrastructure Engineering (CEW543) sebagai inisiaitf pensyarah subjek ini dalam memperkasa ilmu dan sifat sayangkan alam sekitar. 

 

  

 

BENGKEL "WELL-DEFINED ENGINEERING PROBLEMS AND ACTIVITIES"

Tarikh: 21 hingga 22/11/2019

Tempat: Bilik Seminar Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh

 

Satu bengkel persediaan kepada para pensyarah mengenai 'Well-defined Engineering Problems & Activities' telah berjaya diadakan selama dua hari iaitu 21 & 21hb November, 2019. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah mengenai salah satu keperluan ETAC dalam pennyediaan soalan-soalan dan aktiviti berkaitan masalah kejuruteraan bagi program Diploma Kejuruteraan. Bengkel ini dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam dan telah menjemput Prof. Madya Dr. Ir. Hjh. Che Maznah Mat Isa selaku penceramah utama dan Dr. Mazidah Mukri dari Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam. Bengkel ini juga disertai beberapa wakil dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Fakulti Kejuruteraan Elektrikal UiTM Cawangan Pulau Pinang selain daripada 30 orang peserta dari Fakulti Kejuruteraan Awam di kampus yang sama.

 

 

 

KEMPEN KESEDARAN RISIKO EMPANGAN BUKIT MERAH

Tarikh: 31/10/2019

Tempat: Ole-Ole Bowling Centre, Mydin Mall Bukit Mertajam

 

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Khidmat Masyarakat : Kempen Kesedaran Risiko Empangan Bukit Merah anjuran bersama JPS Daerah Kerian dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang di Empangan Bukit Merah.

 

 

 

TEAM BUILDING FKA 2019

Tarikh: 21/8/2019

Tempat: Ole-Ole Bowling Centre, Mydin Mall Bukit Mertajam

 

Satu program Team Building telah diadakan pada 21/8/2019 bertempat di Ole-Ole Bowling Centre di Mydin Mall Bukit Mertajam. Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang ini bertujuan menambahkan lagi keakraban dan kemesraan di kalangan staf Fakulti Kejuruteraan Awam dan secara tidak langsung mengurangkan kadar stress melalui aktiviti riadah dan bersukan dengan bermain bowling diantaranya. Diharap program sebegini dapat diadakan dengan lebih kerap lagi terutamanya ketika cuti semester.

 

 

 

BENGKEL PENULISAN AKADEMIK

Tarikh: 24 hingga 25/7/2019

Tempat: Bilik Perdana Aras 2, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh

 

Satu bengkel penulisan akademik telah di adakan pada 24hb dan 25hb Julai, 2019 yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam kepada Penulisan Akademik yang menjurus ke arah bidang Pengajaran & Pendidikan dalam memenuhi salah satu fungsi seorang ahli akademik. Bengkel yang dijalankan selama dua hari tersebut dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam yang diketuai oleh Dr. Ng Kok Shien selaku ketua ahli jawatankuasa bengkel menjemput dua orang penceramah dari UiTM Shah Alam iaitu Prof. Sr. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib dan Prof. Madya Ir. Hjh. Dr. Che Maznah Mat Isa dalam menyampaikan intisari bengkel. Di pengakhiran bengkel tersebut, setiap pensyarah telah menetapkan sasaran dalam menghasilkan satu artikel penulisan berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang berpotensi untuk dibentangkan di konferensi mahupun diterbitkan di dalam jurnal-jurnal berkaitan yang diiktiraf badan antarabangsa.

 

 

 

 

 

 

 Artikel dikemaskini pada 3/12/2019 4.30pm (A.H.J)

Bil. Isu Tajuk Pautan
1. 2016/2017 Aspiration Towards Accreditation Success  

 

Bil. Perkara Penerangan Muat Turun/Pautan
1. 5th Symposium on Damage Mechanism in Materials and Structures (SDMMS 2020) Brosur SDMMS 2020. >> Klik Di Sini <<
2. Workshop on Recent Advances in Concrete Testing and Technology Brosur Workshop Concrete Repair 2020 >> Klik Di Sini <<
3. Laman Facebook Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Pulau Pinang Pautan ke laman sosial Facebook FKA UiTMCPP. >> Klik Di Sini <<
4. Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Pulau Pinang (PPKAP) Pautan ke PPKAP, 'One-stop' center untuk para pelajar & pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam UiTMCPP. >> Klik Di Sini <<
5. Brosur Program Diploma EC110 Brosur. >> Klik Di Sini <<

6.

Brosur Program Ijazah Sarjana Muda EC221 Brosur. >> Klik Di Sini <<

7.

Student's Academic Advisory Report (AAU)

Buku laporan yang digunapakai oleh para pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam bagi Program Penasihat Akademik. >> Klik Di Sini <<

8.

HIRARC eBook

Buku panduan HIRARC untuk pengendalian makmal-makmal di Fakulti Kejuruteraan Awam dari aspek keselamatan. >> Klik Di Sini <<

9.

Perkhidmatan Perundingan dan Ujian Makmal

Senarai perkhidmatan perundingan dan ujian makmal yang ditawarkan di FKA serta kadar bayaran. >> Klik Di Sini <<

 

 

Artikel dikemaskini pada 18/12/2019 2:16pm oleh AHJ

 

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN UJIAN MAKMAL

Unit Konsultansi Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pulau Pinang ditubuhkan untuk memberi khidmat perundingan, pengujian bahan dan khidmat nasihat kepada pihak industri, kontraktor, awam dan swasta. Fakulti Kejuruteraan Awam memiliki empat bidang kepakaran utama dimana kesemua bidang ini terhasil daripada subjek-subjek yang telah ditawar dan diajar oleh pihak fakulti.

Bidang-bidang tersebut ialah :

  1. Kejuruteraan Struktur dan Pengkomputeran
  2. Kejuruteraan Geoteknikal, Lalulintas dan Kaji Ukur
  3. Sumber Air dan Alam Sekitar dan
  4. Kejuruteraan Pembinaan dan Pengurusan Projek.

Untuk menjalankan khidmat perundingan, fakulti memiliki 11 buah makmal untuk menjalankan ujikaji dan penyelidikan serta memiliki kepakaran professional yang berpengalaman dalam menyediakan khidmat perundingan.

Makmal-makmal tersebut adalah seperti berikut:

  1. Makmal Struktur Berat dan Konkrit, Kekuatan Bahan dan Komputer
  2. Makmal Geologi, Mekanik Tanah dan Kaji Ukur
  3. Makmal Penyelenggaraan Bangunan
  4. Makmal Hidraulik dan Alam Sekitar

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat perundingan, sila hubungi:

  1. Dr. Kay Dora Abd Ghani (0195708781) Ketua Pusat Pengajian
  2. Ir. Ts. Mohd Azrizal Bin Fauzi (0123535696) Ketua Unit Konsultansi

Lokasi kami,

Unit Konsultansi Dan Keusahawanan Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang 13500 Pulau Pinang. (5°22'56.5"N, 100°25'01.4"E) (5.382348, 100.417048)

 

Untuk senarai harga/kadar bayaran, sila >>KLIK DI SINI<<

 

 

Artikel dikemaskini pada 27/9/2018 12.23pm (A.H.J)

STRUKTUR ORGANISASI PENANG CIVIL ENGINEERING STUDENT'S SOCIETY

 

 

 

 

Artikel dikemaskini pada 5/8/2019 1.16pm (A.H.J)