Kejuruteraan Awam merupakan satu bidang kejuruteraan yang mencabar di mana ia melibatkan teknik dan kaedah merekabentuk, mengukur, membina dan menyelenggara bangunan seperti lapangan terbang, pelabuhan, jambatan, empangan, sistem bekalan air dan sisa buangan, sistem pengangkutan dan struktur-struktur yang lain. Seorang jurutera awam seharusnya dilengkapi dengan ilmu dan kepakaran yang ada bagi menguruskan sesuatu projek dengan lebih efektif di dalam suatu persekitaran yang selamat

Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pulau Pinang telah dimulakan sejak tahun 2002 di mana program Diploma Kejuruteraan Awam telah diperkenalkan. Pada tahun 2003, kumpulan pertama pelajar program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Kampus Arau, UiTM Perlis telah berpindah ke kampus UiTM Pulau Pinang. Bermula dengan seorang pensyarah di awal penubuhannya, kini Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pulau Pinang telah mempunyai seramai 90 orang pensyarah yang berkelulusan Ijazah Sarjana, PhD serta kelayakan professional, seorang pegawai sains dan 9 juruteknik makmal.

Dari masa ke semasa, Fakulti ini terus berusaha untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui percambahan ilmu dan budaya. Dalam menuju ke arah globalisasi, Fakulti mementingkan aspek kualiti kepada setiap staf akademik dan bukan akademik serta pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak Fakulti sering menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dengan perlbagai jenis aktiviti yang ditawarkan sama ada peringkat fakulti, kampus, universiti, kebangsaan mahu pun antarabangsa. Galakan dan penglibatan yang aktif ini telah membuahkan hasil apabila pihak Fakulti mendapat pelbagai pengiktirafan daripada badan-badan professional di dalam dan luar negara.

 

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecermelangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang professional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program professional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

OBJEKTIF

Sejajar dengan kenyataan misi Fakulti, objektif Fakulti Kejuruteraan Awam adalah:

  1. Menambahkan bilangan kakitangan yang mempunyai kelayakan profesional.
  2. Mengadakan kerjasama di peringkat antarabangsa dalam pendidikan dan penyelidikan Kejuruteraan Awam.
  3. Menghasilkan graduan berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
  4. Menghasilkan satu sistem kurikulum yang terkini di samping memperkenalkan kursus-kursus berbentuk antara disiplin yang seimbang dengan keperluan industri.
  5. Mengadakan prasarana yang lengkap dan kakitangan yang terlatih dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan.
  6. Membudayakan sistem jaminan kualiti untuk memastikan kepuasan pelanggan dan penambahbaikan yang berterusan.
  7. Menjadikan Fakulti Kejuruteraan Awam sebagai pusat perkembangan teknologi dan sumber rujukan kepada industri dalam pelbagai bidang Kejuruteraan Awam.

FKA komited untuk menyediakan program Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam yang berkualiti bagi menghasilkan graduan yang bertaraf antarabangsa dan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. FKA akan melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang cekap, berkesan dan sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah organisasi terunggul.

FKA menyediakan empat bidang kepakaran dimana kesemua bidang ini terhasil daripada subjek-subjek yang telah ditawar dan diajar oleh pihak fakulti. Bidang-bidang tersebut ialah: 

Kejuruteraan Struktur dan Pengkomputeran
Kejuruteraan Geoteknikal, Lalulintas dan Kaji Ukur
Sumber Air dan Alam Sekitar dan
Kejuruteraan Pembinaan dan Pengurusan Projek.

Pihak Fakulti menawarkan satu program bagi peringkat Diploma & satu program bagi Ijazah Sarjana Muda iaitu: 

  • EC110 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
  • EC221 - IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) AWAM (INFRASTRUKTUR)

 

UCAPAN DARIPADA KETUA PUSAT PENGAJIAN (KPP) FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

All praised is due to Allah S.W.T., the most gracious and most merciful. Peace and blessing be upon Prophet Muhammad S.A.W., his family and his companions. Civil engineers are the brains behind all the largest and most essential infrastructures around the world. To date, Faculty of Civil Engineering (FCE) UiTM Pulau Pinang offers two programmes; Diploma in Civil Engineering (EC110) and Bachelor Degree of Engineering (Hons.) Civil (Infrastructure) (EC221). Pursue higher learning program especially Bachelor of Engineering (Hons.) Civil (Infrastructure) at FCE UiTM Pulau Pinang will open great opportunity to discover the diversity and well-rewarded career as civil engineers that design, construct and manage the entire process of building the needs of nation.

 

FCE UiTM Pulau Pinang lead by Head of Civil Engineering Centre of Studies is established to serve the best for our students. It is a great pleasure to know that our students are builders of the nation. However, behind the scene, there are immense responsibilities of doing our parts well in producing graduates who are employable and equipped to serve in shaping the future of the world. In FCE, we strive for a balance and sustainable academic excellence through Outcome Based Education (OBE) with full commitment from academic staff and management team. At this faculty, the OBE implementation has started in year 2007. Since then, series of activities were conducted to develop Programme Educational Objectives (PEOs), Programme Outcomes (POs) and critically review the curriculum and syllabus with OBE approach. Moreover, the transformation programme initiated by Vice Chancellor Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar will put UiTM as the forefront university in Malaysia and the world, and this faculty is responsible to ensure that the quality of the program delivery and graduates sufficiently fulfil the standard requirement of the Board of Engineers Malaysia (BEM) as well as keeping the programme accredited by Engineering Accreditation Council (EAC), to be in line with the vision and mission of UiTM.

 

Here, I would like to express my gratitude to the faculty team members for their countless efforts and commitment in ensuring the successful of students and safeguarding endurance of the programmes. Finally, congratulations to all FCE students and enjoy your journey of becoming civil engineers.

 

Thank you.

 

HJ ANAS BIN IBRAHIM

Head of Civil Engineering Centre of Studies
Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang
13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia

Tel No. : +604-382 2713

 



 

 

Artikel dikemaskini pada 2/8/2019 9.37am oleh MD RASUL BIN MOHAMAD NOR