AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

 PENGENALAN


Pendidikan Islam mula diperkenalkan di universiti ini (ketika mula ditubuhkan dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA-Institut Teknologi MARA dan kemudiannya diisytiharkan sebagai Universiti pada 26 Ogos 1999) pada 1975 di bawah Unit Pendidikan Islam. Pada 1977, kursus Tamadun Islam mula diperkenalkan sebagai kursus wajib bagi semua program di universiti. Unit tersebut dimantapkan kepada sebuah pusat pengajian, dikenali sebagai Pusat Pendidikan Islam pada 1 April 1983 dengan lebih 40 kursus pendidikan Islam diperkenalkan disamping kursus Tamadun Islam.

Pada 13 Januari 2004, Pusat Pendidikan Islam telah diisytiharkan oleh Dato Seri Naib Canselor sebagai Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam atau Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) di bawah seliaan seorang Pengarah (sekarang Rektor) dengan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah (sekarang Timbalan Rektor) yang dipertanggungjawabkan dalam aspek akademik dan non-akademik. CITU adalah gabungan Pusat Pendidikan Islam Akademik (Hal Ehwal Akademik) dengan Pusat Khidmat Nasihat Agama Non-Akademik (Hal Ehwal Islam) di mana semua aktiviti keislaman universiti ditadbir di bawah satu bumbung di Pusat Islam universiti. Sehingga pada 28 Februari 2013, nama Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam telah ditukar kepada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Pada 12 Januari 2018 Majlis Eksekutif Universiti (MEU) telah bersetuju meluluskan pemurnian carta organisasi baru ACIS Kampus Cawangan di mana ACIS dikekalkan di bawah Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik). Sementara Unit Pembangunan Islam / Unit Hal Ehwal Islam diletakkan di bawah Rektor.

 

Falsafah


ACIS berkeyakinan bahawa setiap insan memerlukan nilai-nilai murni sebagai unsur kesempurnaan melalui pendidikan bersepadu demi kecemerlangan hidup.

 

Misi

 

Mempelbagaikan kursus-kursus profesional dan separa profesional yang berorientasikan Islam dengan kerjasama fakulti dan agensi berkaitan.

Menggiat dan menyuburkan budaya intelektual melalui kegiatan akademik dan pelbagai aktiviti.

Mempertingkatkan kesarjanaan dan penyelidikan dengan mengadakan program-program akademik dan non-akademik yang berorientasikan Islam.

 

Visi


Menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran dan kefahaman Islam yang tersohor demi pembangunan ummah.

 

 

 

PENYELIDIKAN

 

Penyelidikan ACIS (Academy of Contemporary Islamic Studies) UiTM Pulau Pinang biasanya berkaitan dengan bidang pengajian Islam kontemporari, termasuk fiqh, usuluddin, pengurusan halal, ekonomi Islam, dan dakwah. 

 

Kepentingan Penyelidikan ACIS

Penyelidikan di Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam membangunkan ilmu Islam secara kontemporari dan relevan dengan keperluan masyarakat. Berikut adalah beberapa kepentingannya:

  1. Memperkukuh Kefahaman Islam dalam Konteks Semasa
  • Membantu memahami isu-isu fiqh kontemporari, seperti kewangan Islam, halal & toyyiban, serta undang-undang syariah.
  • Mengembangkan kajian tentang pengaruh teknologi dalam dakwah Islam dan pendidikan Islam.
  1. Menyumbang kepada Pembangunan Masyarakat Islam
  • Kajian dalam bidang taawun (kerjasama) dan ekonomi Islam membantu dalam strategi pembasmian kemiskinan.
  • Membantu institusi Islam, seperti masjid dan pusat tahfiz, untuk memperbaiki sistem pengurusan dan pendidikan mereka.
  1. Meningkatkan Kualiti Pendidikan Islam
  • Menyediakan metodologi baru dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Islam di institusi pendidikan tinggi.
  • Menghasilkan bahan akademik yang berkualiti untuk rujukan pelajar, pensyarah, dan pengkaji dalam bidang Islam.
  1. Menyokong Pembangunan Polisi dan Dasar Islam di Malaysia
  • Hasil penyelidikan boleh dijadikan asas untuk membantu kerajaan dan badan berkaitan dalam merangka dasar yang lebih mesra syariah.
  • Kajian mengenai pengurusan halal dan undang-undang Islam dapat membantu pihak berkuasa agama dan industri.
  1. Meningkatkan Inovasi dan Penerapan Teknologi dalam Islam
  • Kajian dakwah digital membantu memperkasa penggunaan media sosial dalam penyebaran ilmu Islam.
  • Menyediakan platform baharu untuk pengajian Islam dalam talian dan aplikasi pendidikan Islam.

Penyelidikan ACIS bukan sahaja memberi manfaat kepada akademik tetapi juga kepada masyarakat Islam secara keseluruhan. Adakah penyelidikan yang ingin difokuskan lebih kepada aspek pendidikan, ekonomi Islam, atau fiqh kontemporari.

 


 
GERAN PENYELIDIKAN

PENYELIDIKAN 2025

  Research Funding  Title of Research  Project Leader & Team Members  Cost Research Duration 
1 Pembiayaan Terus al-Hady Center

Kajian Hukum Dan Garis Panduan Pelaksanaan Wakaf Tunai di Pulau Pinang

Ketua
Dr. Muhammad Anas bin Ibrahim (UiTM Pulau Pinang)
Ahli

Ustaz Mohammad Aisamuddin bin Akob (KITAB)
Ustaz Muhamad Faris bin Mohd Fadhil (KITAB)
Ustaz Hisyam bin Mohd Radzi (UiTM Pulau Pinang)

 
RM16,600  MAR 2025 -
MEI 2025 
2 Pembiayaan Terus al-Hady Center

Kajian Semakan Kadar Uruf Emas Perhiasan Negeri Pulau Pinang

Ketua
Prof. MProf. Madya Dr. Jasni bin Sulong (USM)

Ahli

Prof. Madya Dr. Shahir Akram bin Hassan (USM)
Dr. Wafdi Auni bin Mohamed (Zakat MAINPP)
Dr. Muhammad Anas bin Ibrahim (UiTM Pulau Pinang)

RM16,600 MAR 2025 -
MEI 2025
3          
           

PENYELIDIKAN 2024/2025

  Research Funding  Title of Research  Project Leader & Team Members  Cost Research Duration 
1          

 

 PERUNDINGAN 2025

BIL   TAJUK  KETUA PERUNDINGAN  AHLI PERUNDINGAN  COST  TAHUN
 1           
         


 

 

 

KURSUS PERINGKAT IJAZAH KURSUS PERINGKAT DIPLOMA KURSUS PRINGKAT PRA DIPLOMA
  • CTU551 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • CTU554             Etika dan Peradaban II
  • CTU555  Sejarah Malaysia
  • CTU695 Halal Standard, Food Law and Sanitation
  • CTU101 Prinsip prinsip Asas Islam
  • CTU151 Pemikiran dan Tamadun Islam
  • CTU211 Sains dan Teknologi Islam  (Fakulti Kejuruteraan)
  • CTU221 Sains Kesihatan  dan Farmasi Islam (Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan)
  • CTU265 Pengurusan Pemakanan dan Pelancongan Islam (Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan)
  • IDA102 Manusia dan Agama
  • IDA152 Islam dan Peradaban
  • IDA202 Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
  • CTU001 Pengantar Pembangunan Insan

 


Aktiviti Jabatan Sepanjang Masa
Sila klik di sini untuk mencapai Laman Facebook Rasmi ACIS UiTMCPP

SENARAI STAF AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI, UiTM CAWANGAN PULAU PINANG 

KETUA PUSAT PENGAJIAN (KPP)

Hisyam Mohd Radzi 

PENYELARAS CTU001/PRA DIPLOMA

Adlan Saidin

 

 PENYELARAS CTU101

Najwa Alyaa Abd Wakil

PENYELARAS CTU552

Dr. ‘Imaaduddin Abdul Halim

 

PENYELARAS CTU152 / PLUS TAHFIZ

Dr. Muhammad Anas bin Ibrahim

 

PENYELARAS IDA153

Zaiton Din

 

PENYELARAS CTU265

Nurfahiratul Azlina Ahmad

 

PENYELARAS IDA102

Ahmad Termizi Ab Lateh

 

PENYELARAS CTU211

Muhammad Che Saad

 

PENYELARAS CTU221

Habibah Ayob

PENYELARAS IDA 202


Zulkifli Dahalan

 

PENYELARAS CTU554

Dr Roshaimizam SUhaimi

PENYELARAS CTU695

 

Dr. Shahirah Said

 

 PENYELARAS PASCA SISWAZAH

PM Dr. Halipah Hamzah



 

 

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776