UNIT KEPIMPINAN PELAJAR

PENGENALAN

PERKHIDMATAN

Unit Kepimpinan Pelajar (UKP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah satu organisasi yang berfungsi untuk melaksanakan program-program pembangunan kepimpinan untuk mahasiswa di UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UiTM untuk melahirkan graduan holistik yang berketrampilan daripada segi akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah. 
 
UKP bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menyelaras pelbagai program kepimpinan dan profesional di UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi kampus Permatang Pauh dan kampus Bertam.
 
Modul-modul yang dilaksanakan dibawah Unit Kepimpinan Pelajar adalah seperti berikut;
1. Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB)
2. Mind Empowerment For Success (MinDS)
3. Global Talent
4. Pembangunan Kerjaya
5. Kenegaraan
Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB)
Merupakan program khas universiti dan diikuti oleh pelajar-pelajar yang terpilih di peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa. Program ini terdiri daripada 3 komponen dengan konteks dan perlaksanaan yang tersendiri.  PKPB merupakan program sokongan berfokuskan bukan akademik yang memberi nilai tambah dalam membentuk sahsiah dan professional pelajar dengan tujuan melahirkan graduan yang memiliki lapan ciri-ciri Kemahiran Insaniah yang ditetapkan oleh KPT. 
 
Modul Kepimpinan Survival Bangsa ialah program khusus kepada pelajar yang berpotensi menjadi bakal pemimpin dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) atau Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Modul ini juga sesuai untuk mereka yang ingin mendalami ilmu kepimpinan asas.
 
Modul Kepimpinan Profesional adalah program khusus untuk pemimpin-pemimpin mahasiswa daripada persatuan atau kelab pelajar yang berdaftar di UiTM. Modul ini bertujuan melahirkan mahasiswa yang berminat untuk menjadi pemimpin dalam bidang profesional masing-masing.
 
Modul Kepimpinan Ikon adalah bertujuan untuk membentuk ikon dalam kalangan mahasiswa UiTM. Modul ini disasarkan untuk pemimpin pelajar sedia ada atau mana-mana pemimpin pelajar yang berpotensi untuk mengetuai penganjuran program-program berimpak tinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Modul ini merupakan landasan terbaik untuk mahasiswa mengetengahkan bakat kepimpinan pada peringkat tertinggi.

OBJEKTIF

  1. Merancang dan melaksanakan Modul bagi pelajar di UiTM Cawangan Pulau Pinang di kampus Permatang Pauh dan kampus Bertam mengikut dasar yang telah ditetapkan.
  1. Merancang dan melaksanakan program-program profesional bagi pelajar mengikut dasar yang telah ditetapkan.
  1. Mengasah, menajam dan membangunkan bakat kepimpinan di kalangan pelajar.
  1. Memberi dan memajukan kemahiran dan strategi dalam kepimpinan.
  1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pembelajaran dan pengalaman kepimpinan secara bersepadu dari segi jasmani, fikiran, tindakan emosi dan kerohanian

CARTA ORGANISASI

Image

STAF UNIT KEPIMPINAN PELAJAR

KOORDINATOR UNIT KEPIMPINAN PELAJAR (DM52)
0

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776