UNIT SUKAN

PENGENALAN

PIAGAM PELANGGAN

  • Unit Sukan berperanan dalam merencana aktiviti sukan sebagai pelengkap kepada proses pendidikan dan pembelajaran yang berterusan ke arah pembentukan potensi diri pelajar untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani serta berkeupayaan memberi sumbangan terhadap kerharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
  • Unit Sukan juga bertanggungjawab dalam memberi penumpuan kepada program-program yang berteraskan The Thinking Athlete & Sporting Campus
  • Penyediaan infrastruktur dan kemudahan sukan yang mesra pengguna kepada warga kampus serta memastikan kemudahan sukan memenuhi kriteria bertaraf antarabangsa.
  • Unit Sukan juga bertindak sebagai pakar rujuk bagi warga kampus dan organisasi luar.

Unit Sukan akan memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan sempurna ke arah kecemerlangan Unit Sukan :

  • Memproses dan meluluskan setiap permohonan penggunaan gelanggang dan pinjaman peralatan sukan dari pelajar dalam tempoh 1 hari (hari bekerja) dari tarikh permohonanan lengkap ianya diterima.
  • Memberi keputusan sewaan atau tempahan kemudahan sukan dari agensi – agensi luar dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) setelah menerima permohonan dan mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.
  • Sentiasa bersedia menyediakan kemudahan sukan yang selamat, selesa dan sempurna kepada pelajar.
  • Menjawab dan menyelesaikan aduan kerosakkan kemudahan prasarana sukan dan peralatan sukan yang memerlukan tindakan segera dalam tempoh 1 hari (hari bekerja) dan aduan umum dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) dari tarikh ianya diterima.
  • Sentiasa bersedia membantu dalam aktiviti sukan, rekreasi dan riadah yang dianjurkan oleh IPTA khususnya, agensi – agensi luar dan pertubuhan – pertubuhan bukan kerajaan amnya.
  • Sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat dan mengatasi kemusykilan pelajar dengan cepat, mesra adil dan saksama supaya dapat melahirkan pelajar yang berwawasan sukan.

OBJEKTIF

VISI & MISI

  • Meningkatkan imej UiTM melalui pencapaian sukan dan sebagai Pusat Kecemerlangan Bumiputera sama ada diperingkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menggalakkan masyarakat kampus bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan riadah.
  • Menjana sumber kewangan kepada UiTM.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti pelanggan.
  • Merapatkan silaturahim masyarakat UiTM dan masyarakat luar kampus.
  • Pembangunan sumber manusia
  • Melaksanakan sukan sebagai salah satu mata pelajar pilihan kokurikulum.

VISI

Melahirkan warga kampus yang cergas, cerdas, berketerampilan dan berdaya saing.

MISI

Menjadi sebuah organisasi sukan yang cemerlang dalam pembangunan, perkhidmatan sukan dan pembudayaan sukan.

CARTA ORGANISASI

Image

STAF UNIT SUKAN

PEGAWAI SUKAN (S9)
0
PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN (S5)
0
PEMBANTU BELIA & SUKAN (S1)
0

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776