UNIT KESIHATAN

PENGENALAN

PERKHIDMATAN

Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang telah mula beroperasi pada tahun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang.  Unit Kesihatan UiTM Pulau Pinang pula telah diwujudkan pada tahun 2001 untuk memastikan mahasiswa-mahasiswi yang berada di dalam kampus ini sentiasa sihat dan mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna.

Pada awal penubuhannya, Unit Kesihatan ditempatkan di Kolej Mutiara.  Pada tahun 2003, Kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang telah ditempatkan secara tetap di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang.  Di Kampus baru, Unit Kesihatan telah diberikan ruang khas di Bangunan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan untuk menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan.  Pada tahun 2005, sebuah bangunan khas telah dibina untuk Unit Kesihatan dan bangunan ini mula diduduki pada penghujung November 2005 sehinggalah sekarang.  Bermula dengan dua orang staf iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih, kini bilangan kakitangan telah berkembang dan menjelang tahun 2008, bilangan penjawatan di Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah meningkat kepada 9 orang yang terdiri daripada

1. PEGAWAI PERUBATAN U14

2. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U5

3. JURURAWAT KANAN U6

4. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U6

5. JURURAWAT MASYARAKAT U2

6. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U1

6. PEMANDU AMBULAN H11

7. KERANI KANAN N2

 

    • Perkhidmatan rawatan kesihatan/perubatan kepada para pelajar dan kakitangan UiTM Pulau Pinang.
    • Merujuk kes-kes yang memerlukan rawatan lanjutan ke klinik/hospital kerajaan.
    • Bantuan khidmat nasihat kepada para pelajar yang mengalami masalah kesihatan/emosi.

  1. Perkhidmatan Kecemasan
    • Rawatan selepas waktu kerja sekiranya diperlukan.

  2. Perkhidmatan 'Sick Bay'
    • Disediakan untuk para pesakit yang memerlukan rawatan pengasingan atau yang memerlukan pemerhatian.
    • Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk keperluan para pesakit.

  3. Perlindungan Perubatan
    • Semasa aktiviti kolej, sukan dan ko-kurikulum di dalam dan di luar kampus.

  4. Latihan
    • Melatih anggota-anggota PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah) UiTM Pulau Pinang.
    • Melatih dan membimbing ahli-ahli Kelab PROSIS (Program Siswa Sihat)

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang cekap, adil dan saksama, mampu disedia dan diperolehi kepada semua warga UiTM melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak alam sekitar dan kehendak pelanggan.

Dengan penekanan kepada kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan warga UiTM ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Bagi mencapai wawasan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai individu, keluarga dan warga UiTM yang sihat.

VISI & MISI

VISI

Untuk menjadi sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer yabg setaraf dengan negara maju.

MISI

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer kepada warga UiTM bagi membantu mereka supaya dapat memberikan tumpuan dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM.

CARTA ORGANISASI

Image

CARTA FUNGSI

PERKHIDMATAN KESIHATAN
1. Pemeriksaan pesakit luar
2. Pengendalian Kes Kecemasan
3. Pengendalian rosedur Rawatan
4. Pengendalian Ujian Makmal
5. Pengendalian Pesakit di Wad Sementara
6. Pengendalian Pesakit Selepas Waktu Pejabat
7. Pemeriksaan Kesihatan
8. Perlindungan Perubatan
9. Pinjaman Peralatan Perubatan
10.Pemeriksaan Premis Makanan
11. Promosi Kesihatan
PERKHIDMATAN FARMASI
1. Dispensi ubat
2. Pengurusan Bekalan Ubat
PENYELENGGARAAN PERLATAN PERUBATAN
1. Pengurusan Peralatan Perubatan Dalam Ambulan
2. Penyeleggaraan Peralatan Perubatan
3. Sucihama Peralatan Perubatan
REKOD DAN PENTADBIRAN
1. Pengurusan Rekod Pesakit Tamat Pengajian
2. Pengurusan Perolehan Peralatan Perubatan
3. Tuntutan Tabung Kecemasan
4. Pengurusan Penerimaan Surat dan Dokumen
5. Pengurusan Pengeluaran Surat dan Dokumen
6. Permohonan Tuntutan Lebih Masa Staf
7. Penyediaan Laporan Bulanan dan Tahunan

STAF UNIT KESIHATAN

PEGAWAI PERUBATAN (U14)
0
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (U1)
0
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (U5)
0
PEMANDU (H11)
0
PENOLONG PEGAWAI FARMASI (U6)
0
JURURAWAT KANAN (U6)
0
JURURAWAT MASYARAKAT (U2)
0
KERANI KANAN (N2)
0

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776