
UCAPAN DARIPADA KETUA PUSAT PENGAJIAN (KPP) FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
VISI
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecermelangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang professional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
MISI
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program professional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
OBJEKTIF
Sejajar dengan kenyataan misi Fakulti, objektif Fakulti Kejuruteraan Awam adalah:
- Menambahkan bilangan kakitangan yang mempunyai kelayakan profesional.
- Mengadakan kerjasama di peringkat antarabangsa dalam pendidikan dan penyelidikan Kejuruteraan Awam.
- Menghasilkan graduan berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
- Menghasilkan satu sistem kurikulum yang terkini di samping memperkenalkan kursus-kursus berbentuk antara disiplin yang seimbang dengan keperluan industri.
- Mengadakan prasarana yang lengkap dan kakitangan yang terlatih dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan.
- Membudayakan sistem jaminan kualiti untuk memastikan kepuasan pelanggan dan penambahbaikan yang berterusan.
- Menjadikan Fakulti Kejuruteraan Awam sebagai pusat perkembangan teknologi dan sumber rujukan kepada industri dalam pelbagai bidang Kejuruteraan Awam.
-
Kejuruteraan Struktur dan Pengkomputeran
-
Kejuruteraan Geoteknikal, Lalulintas dan Kaji Ukur
-
Sumber Air dan Alam Sekitar dan
-
Kejuruteraan Pembinaan dan Pengurusan Projek
-
CEEC110 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
-
CEEC221 - IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) AWAM (INFRASTRUKTUR)
- CEEC707 - SARJANA SAINS PEMBINAAN DENGAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
