Tarikh : 26 November 2016

 

Tempat : The Light Hotel, Seberang Jaya.

 

Tujuan : Bagi mengumpulkan alumni-alumni UiTM terutamanya dari cawangan Pulau Pinang sejak penubuhannya pada 1996 serta merapatkan hubungan alumni dengan warga kampus. Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik pada sebelah pagi, diikuti pertandingan bolasepak dan ‘in-door game’ pada sebelah petang. Pada malamnya pula, majlis makan malam bertemakan ‘Dilwale’. Program ini disertai lebih 80 orang yang terdiri daripada alumni, wakil industri dan penaja serta staf UiTM cawangan Pulau Pinang.

Pada majlis makan malam tersebut, turut diadakan penyampaikan sijil kepada finalis Ikon Alumni dan juga Anugerah Ikon Alumni UiTM Pulau Pinang. Anugerah Ikon Alumni Keusahawanan telah diberikan kepada Haji Jamil Bakri yang kini merupakan CEO Worldbay Solution Sdn Bhd, manakala Anugerah Ikon Alumni Akademik diterima oleh Dr Aidi Hizami Alias yang kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia.

Diharapkan program ini menjadi satu permulaan untuk lebih banyak aktiviti berimpak di antara para alumni dan pelajar UiTM melalui perkongsian pengalaman, peluang kerjaya dan sebagainya.

 

Tarikh : 2 Disember 2017

 

Tempat : UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani.

 

Tujuan : Merapatkan jurang hubungan di antara warga UiTM Pulau Pinang dengan para alumni disamping menerapkan budaya ‘memberi balik’ kepada para alumni dalam apa jua bentuk sumbangan, sama ada berbentuk wang ringgit, pekerjaan kepada graduan baru serta melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran kepada mahasiswa mahupun staf UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program ini telah berjalan denganT lancar. Para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan teknik permainan hoki yang bagus, mereka juga dapat beramah mesra bersama para Alumni sambil mendengar perkongsian pengalaman yang bakal menaikkan semangat para pelajar untuk terus berusaha di dalam pengajian masing-masing. Para Alumni juga amat berpuashati dengan persembahan permainan yang ditonjolkan oleh para pelajar dari Kelab Hoki UiTMCPP dan akan berusaha untuk menyumbang sedikit dana sama ada wang ringgit mahupun peralatan hoki bagi meningkatan lagi prestasi para pelajar/ pemain.

 

Tarikh : 17 Mac 2018

 

Tempat : Ole-Ole Bowling, Mydin Mall

 

Tujuan : KEJOHANAN TENPIN BOLING 2018 ”ALUMNI UiTMPP CHARITY FUND” ini diadakan sebagai salah satu platform untuk membantu mengumpul dana pembinaan Tadika UiTM cawangan Pulau Pinang dan Tabung Alumni UiTMPP. Kejohanan ini juga bertujuan untuk memupuk minat semangat kesukanan dalam diri di samping merapatkan ukhwah sesama ahli alumni dan staf UiTM dan amat diharapkan akan menjadi satu aktiviti tahunan alumni UiTMPP selepas ini.

 

Tarikh : 21 APRIL 2018

 

Tempat : Dewan Delima UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh

 

Tujuan : Mengumpulkan alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang sebagai satu medium komunikasi antara UiTM Pulau Pinang dan warga alumni terutamanya pelajar. Selain itu bagi merapatkan hubungan siswa/siswi  UiTM Pulau Pinang dengan alumni UiTM Pulau Pinang melalui program perkongsian ilmu dan pengalaman bagi melahirkan mahasiswa yang cemerlang.

Diharap program ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara warga alumni UiTM Pulau Pinang dan menjadi pencetus kepada lebih banyak aktiviti yang berimpak tinggi antara warga alumni UiTM Pulau Pinang dengan UiTMC PP sendiri.

 

Tarikh :28 April 2018

 

Tempat : Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor

 

Tujuan : Program ini merupakan inisiatif bagi mengumpul kembali alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang daripada ITM Permatang Pasir sehingga kampus di Permatang Pauh.Seterusnya,program ini dapat mengeratkan kembali hubungan silaturrahim yang terjalin di antara para alumni dan UiTM Cawangan Pulau Pinang.

 

QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776