Pada 18 & 19 Januari 2024, PKA UiTMCPP telah dengan berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh Prof Dr Roslan Zainal Abidin. Kunjungan ini adalah merupakan titik tolak kepada cadangan penubuhan Centre of Excellence (CoE) bagi Pusat Penyelidikan dan Ramalan Bencana UiTM Cawangan Pulau Pinang. Buah fikiran dan cadangan dari Prof telah memberikan semangat dan inspirasi kepada kami bagi meningkatkan lagi visibiliti UiTMCPP dan PKA khususnya dalam menyumbangkan kepakaran di peringkat yang lebih tinggi.
Pada 6 & 7 Februari 2024, telah berlangsung lawatan penilai luar (external examiner) bagi Program Sarjana Pengurusan Pembinaan (CEEC707). Penilai luar yang telah dilantik oleh PKA UiTMCPP adalah YBhg. Prof. Ir. Dr. Raizal Saifulnaz bin Muhamad Rashid. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan input bagi penambahbaikan program.

PKA telah dengan berbesar hati menerima kunjungan Benchmarking dari School of Civil Engineering, USM, Nibong Tebal pada 22 Januari 2024 (Isnin) yang lalu. Delegasi USM ini telah diketuai oleh Dekan SCE, PM Ir. Dr. Fadzli Mohamed Nazri bersama 9 orang staf akademik dan 2 orang staf pentadbiran bagi sesi perkongsian berkenaan dengan OBE dan juga Complex Engineering.