Kunjungan Hormat Felo Bersekutu Prof Dr Roslan Zainal Abidin

Pada 18 & 19 Januari 2024, PKA UiTMCPP telah dengan berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh Prof Dr Roslan Zainal Abidin. Kunjungan ini adalah merupakan titik tolak kepada cadangan penubuhan Centre of Excellence (CoE) bagi Pusat Penyelidikan dan Ramalan Bencana UiTM Cawangan Pulau Pinang. Buah fikiran dan cadangan dari Prof telah memberikan semangat dan inspirasi kepada kami bagi meningkatkan lagi visibiliti UiTMCPP dan PKA khususnya dalam menyumbangkan kepakaran di peringkat yang lebih tinggi.