Lawatan Penilai Luar bagi Program Sarjana CEEC707

Pada 6 & 7 Februari 2024, telah berlangsung lawatan penilai luar (external examiner) bagi Program Sarjana Pengurusan Pembinaan (CEEC707). Penilai luar yang telah dilantik oleh PKA UiTMCPP adalah YBhg. Prof. Ir. Dr. Raizal Saifulnaz bin Muhamad Rashid. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan input bagi penambahbaikan program.