UNIT PENGURUSAN KUALITI

    PENGENALAN UNIT PENGURUSAN KUALITI
    Unit Pengurusan Kualiti (UPK) berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti di UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). UPK mengurus dan melaksana proses-proses kualiti melalui audit kualiti dan amalan pengurusan terbaik untuk memastikan penambahbaikan berterusan dalam sistem pengurusan kualiti UiTM Pulau Pinang adalah mantap dan mengikut piawaian yang ditetapkan berpandukan integrated Quality Management System (iQMS) yang berdasarkan standard ISO 9001: 2015 dan COPIA. UPK menyediakan 7 perkhidmatan utama iaitu ;

    1. Jaminan Kualiti dan Sistem Pengurusan Kualiti
    2. Audit Dalam
    3. Laporan Kendiri (Self-Review Report)
    4. Analisa Data
    5. Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
    6. Kecemerlangan Operasi (OE)
    7. Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC).

    Unit ini dibangunkan untuk memastikan objektif kualiti UiTMCPP secara amnya dapat dibentuk dan dicapai mengikut Objektif Kualiti UiTM. Disamping itu juga memastikan UiTMCPP dapat memberikan pendidikan tinggi berkualiti kepada semua pelajar.

    UPK UITMCPP sangat komited dalam meningkatkan sistem pengurusan kualitinya yang merangkumi semua proses utama di UITM iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan dan khidmat masyarkat serta perkhidmatan sokongan mereka.
     
     
    VISI
    Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.
     
     
    MISI
    Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.
     
     
    FUNGSI 
    1. Merancang, mengkoordinasikan, menerapkan dan memantau sistem pengurusan kualiti (SPK) UiTMCPP mengikut standard, dokumen kualiti dan peraturan yang ditetapkan.
    2. Memantau dan membuat cadangan dan mengenal pasti peluang peningkatan berterusan dari segi penambahbaikan dan perlaksanaan sistem pengurusan kualiti di UiTMCPP.
    3. Menjadi rujukan kepada organisasi untuk perlaksanaan sistem pengurusan kualiti dalam memenuhi keperluan standard dan kualiti.
     
     
    OBJEKTIF
    Objektif Kualiti Pelajar (OKP):
    1. Mencapai 90% pelajar sepenuh masa program diploma dan sarjana muda tamat dalam tempoh pengajian yang ditetapkan.
    2. Mencapai 80% pelajar sepenuh masa program diploma dan sarjana muda menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dengan CGPA 3.00 dan ke atas.
    3. Mencapai  lebih 2 % pelajar sepenuh masa bergraduat menerima Anugerah Naib Canselor pada setiap tahun.
    4. Mencapai  lebih 10% pelajar sepenuh masa menerima Anugerah Dekan pada setiap tahun.
    5. Mencapai  60% kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan kebajikan pelajar setiap tahun.
    Objektif Kualiti Staf (OKS):
    1. Meningkatkan bilangan staf akademik dengan kelayakan profesional sebanyak 20 orang menjelang 2020.
    2. Mencapai 150 penulisan dan penerbitan akademik berwasit : dengan (a) 5% Q1 SCOPUS setiap tahun. (b) 50% SCOPUS setiap tahun. (c) 5% dari 150 Q1 menjelang 2025.
    3. Mencapai sekurang-kurangnya 80% staf akademik melibatkan diri dalam kegiatan pelajar dan/atau khidmat masyarakat setiap tahun.
    4. Mencapai sekurang-kurangnya 85% daripada jumlah staf menghadiri latihan dengan peruntukkan PTJ (Pusat Tanggungjawab) membuat pembentangan semula di dalam sesi perkongsian ilmu.
    Objektif Kualiti Kampus (OKK):
    1. Memastikan 100% kurikulum melalui proses semakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3-5 tahun.
    2. Memastikan 8 program kejuruteraan dan 12 program bukan kejuruteraan mendapat pengiktirafan daripada badan-badan professional tempatan dan antarabangsa.
    3. Memastikan 30% pensyarah adalah berkelayakan PhD menjelang 2025.
    4. Memastikan bilangan geran penyelidikan mencapai RM2 juta menjelang 2025.
    5. Mencapai sekurang-kurangnya 95% graduan Diploma, 80% graduan ISM mendapat pekerjaan/meneruskan pengajian dalam tempoh setahun menamatkan pengajian dan 4% graduan bekerja sendiri menjelang 2025.
    6. Menghasilkan sekurang-kurangnya 5 projek inovasi bagi membantu samada sistem pengurusan kampus dan/atau agensi luar dan mengkomersilkan 2 produk menjelang 2025.
    7. Memastikan kecemerlangan dalam pemindahan ilmu hasil penyelidikan dan perundingan kepakaran dengan jumlah nilai RM100,000 menjelang 2025.
    8. Menjana pendapatan universiti sebanyak 5% daripada perbelanjaan universiti setiap tahun.
    9. Mencapai sekurang-kurangnya 20 aktiviti keusahawanan pelajar setiap tahun.
    10. Mencapai nisbah pensyarah:pelajar 1:15 untuk program sarjana muda dan 1:20 untuk program diploma.

    PERKHIDMATAN UNIT PENGURUSAN KUALITI

     BIL BAHAGIAN PENYELARAS
    1 Sistem Audit Puan Noor 'Aina Binti Abdul Razak
    2

    Web Content Manager  Puan Azlina Mohd Mydin 
    3 Unit Pengurusan Risiko Prof. Madya. Ts. Dr. Norfezah Md Nor
    4

    Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

    Dr Norain Isa
    5 Pengurusan Bencana Encik Zakaria Ishak
    6   Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) Encik Fairuz Bin Abd Hakim 
    7

    Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) & Operational Excellence (OE)

    Dr Norhamizan Hamir 
    8

    Self Review Report (SRR)

    Ts. Dr. Farrah Noor Ahmad
    9

    Analisa Data

     Puan Siti Balqis Binti Mahlan
    10 Pegawai Dokumen Encik Muhammad Fikri Bin Ramli


    Dikemaskini @ 1/9/2021

     

     BIL AKTIVITI TARIKH
    1  Kursus Audit Dalam (iQMS) Dan Pengukuhan Audit Dalam (iQMS) UiTM 15-17 Februari 2021
    2 Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam Bil 1/2021  8 Jun 2021 
    3 Sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2020 14 Julai 2021 
     4  Kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif/Team Excellence (TE) - Penghasilan Projek Inovasi Berkualiti   27 Julai 2021
     5  Mesyuarat Penutupan Audit Dalam Bil 1/2021   15 September 2021 
     6 Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor 2021 UiTM Cawangan Pulau Pinang 05 November 2021 
         
         
         
         
         
         
         

    UNIT PENGURUSAN KUALITI

     BIL NAMA JAWATAN EXT
    1  Dr Lyly Nyl Binti Ismail Ketua Unit Kualiti 04-3823516
    2  Noor 'Aina Binti Abdul Razak Ketua Sistem Audit 04-3823415
    3  Mohd Azuan Bin Tukiar Timbalan Ketua Sistem Audit 04-3822646
    4  Dr. Norain Binti Isa Penyelaras Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 04-3823370
    5  Prof. Madya. Ts. Dr. Norfezah Md Nor Penyelaras Unit Pengurusan Risiko 04-3823653
    6  Zakaria Bin Ishak Penyelaras Pengurusan Bencana 04-3822999
    7  Azlina Binti Mohd Mydin Web Content Manager 04-3823373
    8  Ts. Dr. Farrah Noor Binti Ahmad Penyelaras SRR 04-3823214
    9  Fairuz Bin Abd Hakim  Penyelaras AKNC 04-3822644
    10  Siti Balqis Binti Mahlan Penyelaras Analisa Data 04-3822513
    11  Dr. Norhamizan Bin Hamir KIK & Operational Excellence Trainer 04-3823662
    12  Muhammad Fikri Bin Ramli  Pegawai Dokumen 04-3822813
    13  Shafaf Anati Binti Mohamed Arifin Setiausaha 04-3823478
    14  Nur Emmi Binti Saat  Pembantu Tadbir Kanan  04-3823318

     

    Today

    Users  
    Sessions  
    Pageviews  

    *Data source: Google Analytics

    Universiti Teknologi MARA(UiTM)
    Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
    13500 Permatang Pauh
    Pulau Pinang

    General Inquiry:
    Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

    Website Inquiry:
    korporatpenang@uitm.edu.my

    Tel: +6 (04) 382 2888/3598
    Faks: +6 (04) 382 2776