AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

 PENGENALAN


Pendidikan Islam mula diperkenalkan di universiti ini (ketika mula ditubuhkan dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA-Institut Teknologi MARA dan kemudiannya diisytiharkan sebagai Universiti pada 26 Ogos 1999) pada 1975 di bawah Unit Pendidikan Islam. Pada 1977, kursus Tamadun Islam mula diperkenalkan sebagai kursus wajib bagi semua program di universiti. Unit tersebut dimantapkan kepada sebuah pusat pengajian, dikenali sebagai Pusat Pendidikan Islam pada 1 April 1983 dengan lebih 40 kursus pendidikan Islam diperkenalkan disamping kursus Tamadun Islam.

Pada 13 Januari 2004, Pusat Pendidikan Islam telah diisytiharkan oleh Dato Seri Naib Canselor sebagai Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam atau Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) di bawah seliaan seorang Pengarah (sekarang Rektor) dengan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah (sekarang Timbalan Rektor) yang dipertanggungjawabkan dalam aspek akademik dan non-akademik. CITU adalah gabungan Pusat Pendidikan Islam Akademik (Hal Ehwal Akademik) dengan Pusat Khidmat Nasihat Agama Non-Akademik (Hal Ehwal Islam) di mana semua aktiviti keislaman universiti ditadbir di bawah satu bumbung di Pusat Islam universiti. Sehingga pada 28 Februari 2013, nama Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam telah ditukar kepada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Pada 12 Januari 2018 Majlis Eksekutif Universiti (MEU) telah bersetuju meluluskan pemurnian carta organisasi baru ACIS Kampus Cawangan di mana ACIS dikekalkan di bawah Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik). Sementara Unit Pembangunan Islam / Unit Hal Ehwal Islam diletakkan di bawah Rektor.

 

Falsafah


ACIS berkeyakinan bahawa setiap insan memerlukan nilai-nilai murni sebagai unsur kesempurnaan melalui pendidikan bersepadu demi kecemerlangan hidup.

 

Misi

 

Mempelbagaikan kursus-kursus profesional dan separa profesional yang berorientasikan Islam dengan kerjasama fakulti dan agensi berkaitan.

Menggiat dan menyuburkan budaya intelektual melalui kegiatan akademik dan pelbagai aktiviti.

Mempertingkatkan kesarjanaan dan penyelidikan dengan mengadakan program-program akademik dan non-akademik yang berorientasikan Islam.

 

Visi


Menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran dan kefahaman Islam yang tersohor demi pembangunan ummah.

 

 
KURSUS PERINGKAT IJAZAH KURSUS PERINGKAT DIPLOMA KURSUS PRINGKAT PRA DIPLOMA
  • CTU551 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • CTU554             Etika dan Peradaban II
  • CTU555  Sejarah Malaysia
  • CTU695 Halal Standard, Food Law and Sanitation
  • CTU101 Prinsip prinsip Asas Islam
  • CTU151 Pemikiran dan Tamadun Islam
  • CTU211 Sains dan Teknologi Islam  (Fakulti Kejuruteraan)
  • CTU221 Sains Kesihatan  dan Farmasi Islam (Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan)
  • CTU265 Pengurusan Pemakanan dan Pelancongan Islam (Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan)
  • IDA102 Manusia dan Agama
  • IDA152 Islam dan Peradaban
  • IDA202 Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
  • CTU001 Pengantar Pembangunan Insan

 


Aktiviti Jabatan Sepanjang Masa
Sila klik di sini untuk mencapai Laman Facebook Rasmi ACIS UiTMCPP

SENARAI STAF AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM CAWANGAN PULAU PINANG (2024/2025)

KETUA PUSAT PENGAJIAN (KPP)

Dr. Roshaimizam Suhaimi

 

PENYELARAS CTU554

PM Dr. Halipah Hamzah


 KETUA UNIT ZAKAT

Dr. Emie Slyviana Mohd Zahid

PENYELARAS CTU552

Dr. ‘Imaaduddin Abdul Halim

 

PENYELARAS CTU152

Dr. Muhammad Anas bin Ibrahim

 

PENYELARAS CTU152/IDA152

Zaiton Din

 

PENYELARAS CTU265

Nurfahiratul Azlina Ahmad

 

PENYELARAS IDA102

Mastura Razali

 

PENYELARAS CTU211

Hisyam Mohd Radzi

 

PENYELARAS CTU221

Habibah Ayob

PENYELARAS CTU101

Ahmad Termizi Ab Lateh

 

PENYELARAS CTU553/555

Zulkifli Haji Dahalan

PENYELARAS Dip./ Program

Plus Tahfiz

Adlan Saidin

 

 

Muhammad Che Saad

 




 

 

 
PENERBITAN ACIS 
Buletin ACIS 2024

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776