PUSAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL ARAS TINGGI (HE-TVET)
PENGENALAN
Unit TVET UiTM Cawangan Pulau Pinang telah ditubuhkan secara rasminya pada awal tahun 2019 hasil daripada perjumpaan bersama Pengarah Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) pada November 2018, Tuan Haji Mohamad bin Samad. Dalam pertemuan pertama tersebut, wakil UiTMCPP yang hadir adalah Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany bin Hashim, Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy bin Razali, Dr. Samsudin bin Wahab, dan Ts. Dr. Basharuddin bin Abdul Hadi.Rentetan daripada pertemuan pertama tersebut, satu kertas kerja telahpun diusahakan dimana wakil-wakil UiTMCPP mengadakan pertemuan susulan bersama Pengarah BPLTV Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor. Kertas kerja cadangan kerjasama BPLTV dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang telahpun dibentangkan oleh Prof. Madya. Ir. Dr Ahmad Rashidy bin Razali. Cadangan kerjasama tersebut disambut baik oleh warga BPLTV dan seterusnya Tuan Pengarah BPLTV meminta UiTMCPP untuk fokus jalinan kerjasama dengan KV di Zon Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Terdapat sekurang-kurangnya 12 Kolej-Kolej Vokasional di Zon Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Antara matlamat kerjasama ini adalah untuk memperkasa tenaga pengajar dan pelajar-pelajar dibawah institusi BPLTV khususnya Kolej-Kolej Vokasional dalam bidang kejuruteraan, sains, dan teknologi.
Hasil daripada pertemuan kedua tersebut, Unit TVET UiTMCPP telah ditubuhkan dibawah Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTMCPP, dimana ahli-ahlinya adalah terdiri daripada wakil pensyarah-pensyarah dari setiap fakulti dan jabatan yang ada di UiTMCPP. Tujuannya adalah untuk memastikan semua pensyarah diberi peluang untuk menyumbang kepakaran mereka melalui Unit TVET UiTMCPP dari pelbagai aspek. Berikut merupakan fakulti dan jabatan yang terlibat dalam kerjasama ini:
- Fakulti Kejuruteraan Awam
- Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
- Fakulti Kejuruteraan Elektrik
- Fakulti Kejuruteraan Kimia
- Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
- Fakulti Farmasi
- Fakulti Sains Kesihatan
- Jabatan Sains Gunaan
- Jabatan Sains Kuantitatif dan Matematik
- Akademi Pengajian Bahasa
- Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Pada awal tahun 2020, Unit TVET UiTMCPP telah dijenamakan semula sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Aras Tinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penjenamaan semula ini seiring dengan perancangan strategik UiTM 2020 – 2025 untuk meningkatkan jumlah program-program yang berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Aras Tinggi.
VISI, MISI, DAN MATLAMAT
Misi: Menyumbang kepakaran UiTM dalam usaha meningkatkan profesionalisme dan kepakaran warga institusi-institusi pendidikan dan latihan teknikal vokasional demi memperkasa agenda TVET negara
Matlamat:
- Meningkatkan sumbangan kepakaran pensyarah-pensyarah UiTM kepada komuniti luar
- Mengukuhkan lagi penglibatan dan kerjasama kakitangan akademik UiTM dan institusi dibawah BPLTV
- Profesionalisme berterusan untuk pensyarah-pensyarah UiTM
RAKAN STRATEGIK KAMI
KV Zon Kedah | KV Zon Perlis | KV Zon Pulau Pinang |
Sungai Petani 1 Sungai Petani 2 Langkawi Kulim Alor Setar |
Arau Kangar |
Balik Pulau Seberang Perai Nibong Tebal Butterworth Batu Lanchang |
HUBUNGI KAMI
Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Aras Tinggi
High-End Technical and Vocational Education and Training (HE-TVET) Centre
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang,
Kampus Permatang Pauh,
Jalan Permatang Pauh,13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
+604-382 2888
MIKRO-KREDENSI / MICRO-CREDENTIAL
PROGRAM AKADEMIK PPLTVAT / HE-TVET ACADEMIC PROGRAMMES
PROGRAM PENGLIBATAN PELAJAR / STUDENTS ENGAGEMENT PROGRAMMES
PERALATAN SEWAAN / RENTALS
KURSUS JANGKA PENDEK / SHORT COURSES
Upcoming Courses
Tarikh | Nama | Kategori |
11 Mac 2020 | Kursus Pembinaan Soalan | Akademik |
September 2020 | Kursus Keusahawanan | Perniagaan |
TBD | Kursus Garde Manger | Kulinari |
TBD | Kursus Negotiation Skill | Kepimpinan |
TBD | Kursus Data Driven Management | Kepimpinan |
TBD | Kursus Micro-credential (Beginner) | Akademik |
Program Engagement Day 2019
Pada 15hb Oktober 2019, satu program berimpak tinggi telahpun diadakan dimana Pengarah, Timbalan Pengarah, dan wakil-wakil tenaga pengajar dari kesemua 12 Kolej Vokasional Zon Kedah, Perlis, Pulau Pinang telahpun dijemput hadir ke program “Engagement Day Berikut merupakan Kolej-kolej vokasional yang hadir dan terlibat dalam program ini:
Zon Kedah | Zon Perlis | Zon Pulau Pinang |
Sungai Petani 1 Sungai Petani 2 Langkawi Kulim Alor Setar |
Arau Kangar |
Balik Pulau Seberang Perai Nibong Tebal Butterworth Batu Lanchang |
Matlamat utama program Engagement Day ini adalah untuk:
-
mengenalpasti latar belakang tenaga pengajar KV Zon Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang
-
mengkaji bentuk-bentuk latihan yang diperlukan oleh tenaga pengajar di institusi tersebut
-
mempromosi program-program pasca siswazah, dan
-
merangka pelan perancangan kerjasama strategik yang lebih terperinci.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa program tersebut adalah “campus tour”, perbincangan serentak secara berkumpulan mengikut fakulti dan jabatan, sesi pembentangan kursus-kursus yang boleh ditawarkan oleh UiTMCPP. Seramai lebih 150 orang peserta hadir dalam menjayakan program ini.
DIREKTORI STAF |
||||||
BIL | NAMA | JAWATAN | JAWATAN DALAM HE-TVET | EXT | EMAIL RASMI | |
1 | PROF. DR. SALMIAH BINTI KASOLANG | REKTOR | REKTOR | 2777 | salmiahk@uitm.edu.my | |
2 | PROF. MADYA IR. DR. AHMAD RASHIDY BIN RAZALI | TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK | TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK |
2811 | ahmad073@uitm.edu.my | |
3 | DR. NUR'HIDAYAH BINTI CHE AHMAT | PENSYARAH KANAN | KOORDINATOR TVET UiTMCPP |
2643 | hidayah.ca@uitm.edu.my | |
4 | DR. SAMSUDIN BIN WAHAB | PENSYARAH KANAN | KETUA PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH |
3511 | samsudinw@uitm.edu.my | |
|
||||||
5 | EN. MUHAMMAD ARIF 'AIZAT BIN BASHIR | PENSYARAH KANAN | KETUA UNIT MICROCREDENTIAL PROGRAM |
2676 | arif.aizat@uitm.edu.my | |
AHLI
|
||||||
6 | DR. AZRINAWATI BINTI MOHD ZIN | PENSYARAH KANAN | KETUA UNIT BRIDGING PROGRAM |
2639 | azrin236@uitm.edu.my | |
AHLI
|
||||||
7 | EN. MUHAMMAD IQBAL BIN SHAHRUDIN | PENSYARAH KANAN | KETUA UNIT CSR (PELAJAR) |
iqbal262@uitm.edu.my | ||
AHLI
|
||||||
8 | PN. NOR SUHADA BINTI ABDULLAH | PENSYARAH KANAN | KETUA UNIT PERALATAN SEWAAN |
3192 | norsuhada2319@uitm.edu.my | |
AHLI
|
||||||
|
||||||
9 | PROF. MADYA DR. ABDUL HADI | PENSYARAH KANAN | KETUA UNIT KURSUS DAN LATIHAN |
2622 | hadi9598@uitm.edu.my | |
AHLI
|
||||||
|
||||||
10 | EN. MOHD IKMAL FITRI BIN MARUZUKI | PENSYARAH | WEBMASTER |
3562 | ikmalf@uitm.edu.my |