BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

OBJEKTIF

  • Menjadi nadi penggerak UiTM Pulau Pinang ke arah melahirkan graduan profesional yang unggul, bertaqwa, beriltizam dan berdaya saing.
  • Menyelaras program akademik dan enrolmen pelajar sejajar dengan pembangunan kampus.
  • Memastikan setiap proses akademik dikawal selia dengan efisien serta menyediakan pengurusan akademik yang cekap dan berkesan agar program akademik dapat berjalan dengan lancar.
  • Mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, dan profesional dalam pelaksanaan program serta perkhidmatan yang berkesan.
  • Mengintegrasikan teknologi terkini untuk mengekalkan kualiti pembelajaran yang berterusan melibatkan penggunaan alat dan platform digital yang relevan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran, menjadikan pendidikan lebih dinamik dan sesuai dengan keperluan semasa.
  • Memastikan 100% kurikulum melalui proses semakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 - 5 tahun.
  • Memastikan 10 program kejuruteraan & 13 program bukan kejuruteraan mendapat pengiktirafan daripada badan professional, tempatan dan antarabangsa.
  • Memastikan 50% pensyarah adalah berkelayakan (Doctor of Philosophy) PhD menjelang tahun 2025.
  • Mencapai nisbah pensyarah kepada pelajar 1:15 untuk program Ijazah Sarjana Muda dan 1:20 untuk program Diploma.

PIAGAM PELANGGAN

  • Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) komited dalam memastikan para pelanggan utama, yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, ibu bapa, pihak industri, dan masyarakat, menerima impak positif maksimum dalam setiap interaksi. Usaha ini dilakukan melalui:
  • Peningkatan Proses Akademik: Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan responsif terhadap keperluan pelanggan, termasuk pengurusan pengoperasian akademik.
  • Kolaborasi dengan Industri: Menjalin hubungan strategik untuk memastikan pelajar memperoleh pengalaman yang relevan dengan keperluan pasaran kerja.
  • Sokongan Berterusan: Memberikan bimbingan dan kaunseling akademik kepada pelajar bagi memastikan mereka dapat mengoptimumkan potensi.
  • Kualiti dan Kepuasan: Menyelaraskan sistem pentadbiran akademik dengan amalan terbaik untuk menjamin kualiti perkhidmatan.
  • Memastikan semua proses pendaftaran kursus pelajar, pelaksanaan kuliah dan urusan peperiksaan diuruskan dengan cekap bagi memastikan perjalanan semester pengajian dapat berjalan dengan lancar.
  • Menyedia dan membantu dalam urusan surat-menyurat pelajar serta memastikan dokumen yang diperlukan dapat disediakan tepat pada masanya dan mengikut keperluan.
  • Memberikan sokongan sepenuhnya kepada unit serta bahagian lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi kelancaran operasi serta mencapai matlamat bersama universiti.
  • Melahirkan graduan yang memiliki kompetensi tinggi, selaras dengan kehendak industri dan keperluan negara, melalui kurikulum yang relevan dan berkualiti.
  • Menyediakan maklumat serta panduan berkaitan pengambilan pelajar, program akademik, prospek program, dan peluang kerjaya, demi membantu ibu bapa dan industri memahami potensi pendidikan yang ditawarkan.
  • Menganjurkan kursus, seminar, dan majlis konvokesyen dengan pendekatan proaktif dan responsif bagi memenuhi keperluan pelajar, ibu bapa, dan rakan industri.
  • Melatih pelajar menghadapi senario pekerjaan sebenar dengan menanamkan nilai disiplin, kemahiran tinggi, profesionalisme, dan integriti. Graduan juga dididik untuk menjadi agen perubahan yang mampu memberi impak positif kepada organisasi dan industri.

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK (BHEA)

Image

CARTA ORGANISASI KETUA PUSAT PENGAJIAN DAN KETUA JABATAN UiTM CAWANGAN PULAU PINANG 2025/2026

Image

CARTA ORGANISASI KETUA UNIT UiTM CAWANGAN PULAU PINANG 2025/2026

Image

CARTA FUNGSI DAN UNIT

PENGURUSAN REKOD PELAJAR
  • Mengemaskini maklumat dalam fail peribadi pelajar dengan merujuk kepada sistem Student Information Management System (SIMS) bagi memastikan data pelajar sentiasa relevan, tepat, dan sejajar dengan rekod dalam sistem utama Universiti.
  • Maklumat dan fail peribadi pelajar perlu direkod dan disimpan secara sistematik bagi memastikan dokumen tersebut adalah mudah diakses apabila diperlukan serta mematuhi piawaian keselamatan maklumat dan privasi pelajar.
PENGURUSAN PEPERIKSAAN
  • Menyediakan ruang peperiksaan berdasarkan jumlah pelajar dan keperluan kursus.
  • Memastikan pelajar dan pensyarah menerima maklumat terkini mengenai peperiksaan, termasuk peraturan yang perlu dipatuhi.
  • Menguruskan jadual waktu peperiksaan.
  • Menyediakan keperluan serta kelengkapan bahan peperiksaan seperti kertas, alat tulis, dan peralatan lain yang diperlukan untuk kelancaran peperiksaan.
  • Mengurus kertas soalan peperiksaan dengan memastikan keselamatan dan kerahsiaan terjamin.
  • Memastikan keputusan peperiksaan pelajar adalah tepat sebelum dimuat naik ke sistem akademik untuk rujukan rasmi.
PENGURUSAN KURSUS DAN PELAJAR
  • Membantu menguruskan pendaftaran kursus pelajar pada setiap semester.
  • Memastikan sistem pendaftaran kursus tersedia dan berfungsi sebelum tarikh pendaftaran kursus bermula.
  • Menyediakan sesi khidmat pelanggan untuk membantu pelajar yang memerlukan panduan lanjut semasa proses pendaftaran.
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • Menyediakan jadual waktu kuliah berdasarkan keperluan kursus dan memastikan jadual tersebut ditampal di ruang pengajaran dan pembelajaran pada awal semester bagi membantu pelajar dan pensyarah dalam memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan efisien sepanjang semester.
  • Memberi nasihat dan bimbingan kepada pensyarah untuk menggunakan alat dan teknologi bantuan pengajaran yang tersedia seperti projektor atau alat interaktif lain.
  • Menguruskan maklum balas serta penilaian pengajaran untuk meningkatkan kualiti akademik.
PENGURUSAN AKREDITASI
  • Menguruskan dan membantu dalam hal ehwal pengurusan akreditasi bagi memastikan sesi lawatan atau sesi audit akreditasi berjalan dengan lancar.
  • Menguruskan Pelantikan Akademia/ Pemeriksa Luar/Panel Industri dan Jawatankuasa yang berkaitan.
  • Membantu pusat pengajian/fakulti dalam urusan/persiapan menghadapi akreditasi iaitu yang melibatkan Lawatan Pemeriksa Luar (External Examiner) dan Panel Industri (Industrial Advisor Panel).
  • Menguruskan Pengurusan Pembangunan Kualiti Akademik dan Pengiktirafan serta Akreditasi Program yang membabitkan perkara dan pihak-pihak berikut:
  1. Swa Akreditasi
  2. Malaysian Qualification Agency (MQA)
  3. Lembaga Jurutera Malaysia
  4. Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
  5. Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK)
PENGURUSAN PASCA SISWAZAH
  • Membantu menguruskan pendaftaran kursus pelajar pada setiap semester.
  • Membantu menguruskan proses Defence of Research Proposal (DRP).
  • Membantu menguruskan proses Viva pelajar.
  • Membantu dalam urusan dokumentasi pelajar pasca siswazah.

STAF BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

TIMBALAN REKTOR HEA (DS14)
0
PENOLONG PENDAFTAR (N9)
0
PEGAWAI EKSEKUTIF (N6)
0
PEGAWAI EKSEKUTIF (N5)
0
PENOLONG JURUTERA (JA5)
0
SETIAUSAHA PEJABAT (N5)
0
PEMBANTU TADBIR (N3)
0
PEMBANTU TADBIR (N2)
0
PEMBANTU TADBIR (N1)
0

STATISTIK PELAJAR UiTM CAWANGAN PULAU PINANG, KAMPUS PERMATANG PAUH

PRA DIPLOMA
0
DIPLOMA
0
SARJANA MUDA
0
SARJANA
0
PhD
0

PROGRAM & AKTIVITI

This image for Image Layouts addon
KEMBARA SARJANA E-PURSUIT (15 JANUARI 2025)
This image for Image Layouts addon
1st EDITION UiTM GLOBAL PENANG

MEMO RASMI HEA DAN MAKLUMAT PENTING

This image for Image Layouts addon
Pemakluman Pemarkahan Penilaian Berterusan Kepada Pelajar
This image for Image Layouts addon
Tarikh – Tarikh Penting Pasca Keputusan Peperiksaan Akhir Februari 2025 (Pra Diploma, Diploma & Sarjana Muda)
This image for Image Layouts addon
Semakan Sistem Untuk Pengawasan Peperiksaan UiTM Kampus Bertam
This image for Image Layouts addon
Pelajar Berkeperluan Khas Bagi Peperiksaan Akhir Februari 2025
This image for Image Layouts addon
Pengemaskinian Maklumat Kursus Bagi Semester Mac – Ogos 2025 (20252)
This image for Image Layouts addon
Tarikh & Maklumat Penting Peperiksaan Akhir Februari 2025
This image for Image Layouts addon
Pemakluman Keberadaan Pensyarah Pada Minggu Pertama Semester Mac - Ogos 2025 (20252) Dan Makluman Cuti Pensyarah Pada Minggu Kuliah
This image for Image Layouts addon
Pemakluman Peperiksaan Akhir Februari 2025
This image for Image Layouts addon
Semakan Sistem Untuk Pengawasan Peperiksaan UiTM Kampus Permatang Pauh

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776