UNIT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR

PENGENALAN UNIT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR

Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar ditubuhkan pada 16 Jun 1996 selaras dengan penubuhan UiTM Pulau Pinang. Pada mulanya kolej di UiTM Pulau Pinang terdiri dari bangunan-bangunan sekolah di Jalan Permatang Pasir. Pada tahun  2002, penempatan pelajar di bangunan-bangunan sekolah telah ditutup  apabila UiTM membeli dua blok pangsapuri iaitu di Pangsapuri Idaman berdekatan Bulatan Bukit Tengah. Blok tersebut dijadikan penempatan pelajar dan dinamakan Kolej Mutiara.

Pada Ogos 2003, kampus tetap ditubuhkan di Jalan Permatang Pauh dan mula beroperasi dengan Kolej Mutiara yang mengandungi dua blok kediaman iaitu siswa di blok 4 dan siswi di blok 2 dengan muatan 1100 orang pelajar. Pada 2004, dua blok kediaman telah disiapkan di dalam kampus dengan muatan 960 orang pelajar berserta kemudahan dewan makan masing-masingnya. Blok kediaman berkenaan adalah Kolej Baiduri (siswi) dan Kolej Zamrud (siswa).

Pada semester Julai-November 2010, satu blok kediaman yang dibina dengan teknologi moden (teknologi IBS) telah disiapkan. Blok kediaman ini boleh menampung 958 orang pelajar dan dinamakan blok Kristal A. Blok Kristal B dengan muatan 958 orang untuk pelajar perempuan dan blok Nilam dengan muatan 672 orang untuk pelajar lelaki telah diduduki pada semester Disember 2010 – April 2011, blok Intan dengan muatan 672 orang telah dibuka untuk pelajar perempuan pada sesi Julai – November 2011. Blok Delima dengan muatan 1440 orang telah beroperasi pada sesi November 2011 – Mac 2012 sebagai penempatan pelajar perempuan.  Muatan keseluruhan blok kediaman berjumlah 7574 orang. Pada 2019, Kolej Mutiara dipindah milik kepada Bahagian Pengurusan Fasiliti. Kolej Baiduri ditutup untuk renovasi.  Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Bil. 9/2019 telah memutuskan Pengurusan Non Resident (NR) dikeluarkan daripada Unit Pengurusan Kolej.  Pengurusan NR dan ruang niaga digabungkan menjadi satu unit baharu bawah HEP dikenali sebagai Unit Pengurusan Ruang Niaga dan NR. 

Pada 2020, blok Zamrud ditutup untuk renovasi. Enam (6) blok kediaman beroperasi dalam kampus dengan muatan 4864 orang (2624 siswa, 2240 siswi). Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Negeri Bil 5 Tahun 2022 bertarikh 26 Julai 2022 memutuskan, Pengurusan NR dikembalikan fungsi kepada Unit Pengurusan Kolej dengan perluasan skop ruang niaga dan dijenamakan sebagai  Unit Pengurusan Kolej & Non Resident (UPKNR).

Mesyuarat Ekserkutif Universiti(MEU) Bil. 26/2023 bertarikh 8 November 2023 telah meluluskan penwujudan Pusat Residensi Dan Hospitaliti Pelajar yang sebelum ini dikenali Unit Kemudahan Kolej. Manakala semua Unit Pengurusan Kolej(UPK) UiTM Cawangan hendaklah menggunakan penjenamaan baharu kepada UNIT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR (URHP)

Pada Januari 2023, blok Zamrud telah disiapkan. Kini, tujuh (7) blok kediaman beroperasi dalam kampus dengan muatan  5798 orang (2584 siswa dan 3214 siswi).


VISI

Menjadi sebuah unit yang unggul dalam menyediakan kemudahan penginapan dan persekitaran yang bersih, ceria, selesa, harmoni, dan selamat serta sebagai tempat pembelajaran kedua ke arah pembangunan pelajar yang holistik

MISI
Membantu Melahirkan graduan bumiputera unggul yang mempunyai ciri Graduan GRU (Globally Renowned University)  melalui pelbagai program pembangunan dan kepimpinan pelajar serta kemudahan yang disediakan.

OBJEKTIF UNIT PENGURUSAN KOLEJ

  1. Memberi perkhidmatan berteraskan konsep MESRA UiTM Menjadikan kolej kediaman sebagai aset yang dapat menjana dan menyumbang pendapatan kepada universiti
  2. Menyediakan kemudahan penginapan dan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat
  3. Menyediakan prasarana serta lain-lain kemudahan fizikal yang menyeluruh dan berkualiti
  4. Mewujudkan struktur dan kaedah pemeriksaan, penganalisisan, tindakan pembetulan dan pemantauan yang berterusan mengenai keselamatan dan kesihatan pelajar dengan kerjasama semua pihak di UiTM Cawangan Pulau Pinang.
  5. Memudahcarakan perancangan program pembangunan dan kepimpinan pelajar di kolej kediaman dan non resident pada setiap semester yang boleh menjana ke arah pembangunan pelajar berteraskan bakat dan nilai
  6. Menjadikan kolej kediaman sebagai aset yang dapat menjana dan menyumbang pendapatan kepada universiti.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

PERKHIDMATAN KOLEJ KEDIAMAN

  1. PENEMPATAN KOLEJ
  2. PENDAFTARAN KOLEJ/ CHECK IN KOLEJ
  3. TRANSIT
  4. INSENTIF MAKANAN
  5. PENGECUALIAN DAN PENGURANGAN BAYARAN KOLEJ
  6. PENDAFTARAN PERALATAN ELEKTRIK
  7. SOKONGAN PELEKAT KENDERAAN
  8. AKTIVITI KOLEJ
  9. ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN
  10. ADUAN KEROSAKAN/ ICT
  11. CLEARANCE / CHECK OUT BILIK PELAJAR

 

PERKHIDMATAN NON RESIDENT

  1. SISTEM e-NR
  2. KEBAJIKAN PELAJAR NR
  3. PEMBANGUNAN PELAJAR NR
  4. JARINGAN MASYARAKAT PELAJAR NR

 

PERKHIDMATAN RUANG NIAGA

  1. HAL EHWAL SEWAAN RUANG NIAGA BERSTRUKTUR
  2. HAL EHWAL SEWAAN RUANG TIDAK BERSTRUKTUR
  3. PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN PREMIS
  4. TEMPAHAN SEWAAN RUANG / KEMUDAHAN UNIVERSITI 

 

 BIL. 
BORANG - UNIT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR  
 1. Borang Pengesahan Pendapatan Muat Turun
 2. Borang Tempahan Ruang & Pinjaman Peralatan Muat Turun
     
BIL. NAMA JAWATAN EMEL SAMBUNGAN
1. Dewi Anis Othman Pengurus Asrama Kanan dewianis@uitm.edu.my 3099
2. Farzanah Hanum Abdul Latif Penolong Pengurus Asrama Tertinggi farza338@uitm.edu.my 3066
3. Faizah Idris  Pegawai Eksekutif Kanan faizah721@uitm.edu.my 3104
4. Zuraini Abd Rahman Pegawai Eksekutif Kanan zurainirahman@uitm.edu.my 3059
5. Siti Noraini Hamzah Penolong Pengurus Asrama Kanan sitinoraini126@uitm.edu.my 3062
6. Sarina Samsudin Penolong Pengurus Asrama Kanan sarina.samsudin@uitm.edu.my 3063
7. Ayu Natasha Mad Saad Penyelia Asrama Kanan ayunatashamadsaad@uitm.edu.my 3064
8. Mohd Nazri Ismail Penyelia Asrama Kanan nazri214@uitm.edu.my 3065
9. Norafizal Nordin Penyelia Asrama Kanan norafizal.nordin@uitm.edu.my 3065
10. Mohd Yazid Jamil Penyelia Asrama yazid.jamil@uitm.edu.my 3064
11. Mohamad Mustakhim Zamrud Pembantu Tadbir mustakhim1627@uitm.edu.my 3104
12. Suriana Mat Hussain Pembantu Operasi Kanan suriana754@uitm.edu.my 3060
13. Mohd Suhaimi Sunok @ Shuit Pembantu Operasi suhaimi072@uitm.edu.my 3060
14. Kamal Yob Pembantu Operasi kamal826@uitm.edu.my 3061
15. Mazli Din Pembantu Operasi  mazli541@uitm.edu.my 3060
16. Mohd Khairul Helmi Abdullah Pembantu Operasi  khelmi@uitm.edu.my 3060
17. Muhammad Dhuha Al'As Arsad Pembantu Operasi dhuha_arsad@uitm.edu.my  3061 
18. Muhammad Hamdi Abdul Halim Pembantu Operasi muhammadhamdi@uitm.edu.my 3060
18. Muhammad Khalis Fitri Sazari Pembantu Operasi khalisfitri@uitm.edu.my 3061
19. Muhammad Shahrul Nizam Mohd Rosli Pembantu Awam shahrul_nizam@uitm.edu.my  3061 

 

No. Telefon:  04-382 2888

Emel:  hep.penang@uitm.edu.my

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776