BAHAGIAN PENTADBIRAN
PENGENALAN
- Timbalan Pendaftar Kanan
- Penolong Pendaftar Kanan (1)
- Pegawai Eksekutif Kanan (1)
- Pegawai Eksekutif (1)
- Pembantu Tadbir Kanan (3)
- Pembantu Tadbir (4) dan
- Pembantu Operasi (1)
OBJEKTIF
Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Pulau Pinang adalah salah sebuah bahagian yang diwujudkan apabila kampus ini mula beroperasi pada 16 Jun 1996. Peranan utama bahagian ini adalah sebagai urus setia pentadbiran dan menguruskan semua ehwal staf meliputi perjawatan, perkhidmatan dan kebajikan staf.
Dengan perkembangan penggunaan IT, bahagian ini kini dihubungkan secara online dengan Sistem Maklumat Staf Bersepadu di Pejabat Pendaftar, UiTM Kampus Induk.
Sehingga kini, Bahagian Pentadbiran mempunyai 14 orang staf yang terdiri daripada seorang Timbalan Pendaftar Kanan (kosong), Penolong Pendaftar Kanan (1), Pegawai Eksekutif Kanan (1), Pegawai Eksekutif (1), Pembantu Tadbir Kanan (3), Pembantu Tadbir (4) dan Pembantu Operasi (2). Bahagian Pentadbiran juga dibahagikan kepada dua unit kecil iaitu Unit Khidmat Pelanggan - Pegawai Khidmat Pelanggan (2) dan juga Unit Kenderaan - Penolong Jurutera (1), Pembantu Tadbir Kanan (1), Pemandu Kanan (3) dan Pemandu (15).
PIAGAM PELANGGAN
-
Memberikan perkhidmatan berkualiti dan mesra untuk semua staf bagi segala urusan hal ehwal staf.
-
Memberikan khidmat cekap dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan di kaunter Bahagian Pentadbiran serta melalui surat, e-mail dan telefon.
-
Bertindak sebagai penghubung dengan Pejabat Pendaftar, UiTM Kampus Induk untuk semua urusan hal ehwal staf.
-
Menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan kenderaan rasmi yang cekap dan selamat.
-
Mengendalikan urusan pos surat rasmi dan surat menyurat edaran dalaman dengan teratur dan pantas.
-
Menyediakan dokumen pengenalan diri bagi staf mendapatkan rawatan di klinik panel / hospital kerajaan.
-
Menguruskan latihan kepada staf dengan berkesan dan mesra.
-
Menguruskan dengan baik semua tempahan penggunaan bilik mesyuarat Bahagian Pentadbiran.
-
Menyediakan rekod dan statistik staf yang dikemaskini dan terkini apabila diperlukan oleh pihak berkenaan.