MEMO RASMI HEA : PENDAFTARAN MUET SESI 1, 2022

PEMAKLUMAN HAL EHWAL AKADEMIK UiTM CAWANGAN PULAU PINANG

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang akan membuka pusat peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi 1, 2022 yang dijadualkan akan berlangsung pada 2 Mac 2022 (bertulis). Tujuan pembukaan pusat peperiksaan ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada pelajar-pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang menduduki peperiksaan tersebut. Pelajar-pelajar yang membuat pendaftaran melalui pihak BHEA akan dikategorikan sebagai Calon Institusi. (Rujuk Memo Rasmi HEAA, No. Memo HEA/2021-004(20) bertarikh 7 Disember 2021).

MEMO RASMI HEA : PENDAFTARAN MUET SESI 1, 2022

Pendaftaran ini akan dibuka dari 8 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021.
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/NLxkjGbhWDsAjeSY9

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Unit Peperiksaan, Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang menerusi talian 03-482 2813.

Unit Peperiksaan
Bahagian Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa
UiTM Cawangan Pulau Pinang
Tarikh : 7 Disember 2021

QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776