KAD PELAJAR UiTM

    Β Untuk makluman kepada semua pelajar

    Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (khas) Tahun 2022. Bahagian Infostruktur tidak akan mencetak kad pelajar sedia ada sehingga penggunaan Kad Prihatin Siswa dikuatkuasa penggunaan ke seluruh kampus UiTM. Sehubungan dengan itu, para pelajar adalah digalakkan menggunakan Digital ID didalam aplikasi Saring-C19 bagi urusan keluar masuk dan sebagainya

    PEKELILING TIMBALAN NAIB CANSELOR BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR BIL 9/2021

    πŠπ€πƒ ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ π’πˆπ’π–π€
    Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT.

    πŽππ‰π„πŠπ“πˆπ…
    Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
    Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
    Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
    Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.

    𝐅𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇
    i. Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa.
    ii. Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar UiTM bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.
    iii. Akaun Simpanan-i Pro akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar UiTM. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.
    iv. Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di UiTM.
    Β 

    Today

    Users Β 
    Sessions Β 
    Pageviews Β 

    *Data source: Google Analytics

    Universiti Teknologi MARA(UiTM)
    Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
    13500Β Permatang Pauh
    Pulau Pinang

    General Inquiry:
    Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

    Website Inquiry:
    korporatpenang@uitm.edu.my

    Tel: +6 (04) 382 2888/3598
    Faks: +6 (04) 382 2776