Pengenalan
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Al-Zahrawi merupakan satu badan mahasiswa yang ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan dalam membantu pengurusan mahasiswa di kolej kediaman khususnya Kolej Al-Zahrawi UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. Penasihat kelab ini ialah Dr. Noor Hazarina Binti Nordin yang juga merupakan Staf Residen Kolej (SRK). Beliau turut dibantu oleh En. Mohd Kamal Ariff Bin Azalli dan Pn. Noor Aini Binti Zainal. Seramai 15 orang exco yang dilantik bagi membantu menguruskan segala kesediaan mahasiswa dan memastikan kebajikan mahasiswa terpelihara sepanjang berada di kolej kediaman. Di samping itu, kelab persatuan ini juga sentiasa menyediakan pelbagai program kepada para mahasiswa sebagai santapan minda mereka pada setiap semester.
Visi
Menjadi wadah yang unggul dalam membentuk keperibadian pelajar berdasarkan Visi dan Misi Universiti Teknologi MARA.
Misi
Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi mental, fizikal, rohani dan sosial melalui pelbagai aktiviti pembangunan pelajar dan kemudahan kolej yang disediakan.
Objektif
• Merancang aktiviti di peringkat kolej untuk manfaat semua penghuni kolej dan Non Resident.
• Bekerjasama dengan unit pengurusan kolej untuk menyalurkan maklumat dan informasi terkini kepada semua pelajar kolej dan Non Resident.
• Bekerjasama dengan staf residen kolej untuk mewujudkan persekitaran kolej yang bersih,ceria dan selamat.
• Pengantara pelajar dan pihak pengurusan kampus.
• Membantu melapor dan meguruskan kebajikan pelajar terutama pelajar sakit.