Pengenalan
PENGENALAN
Bertam Students Council (BSC) ditubuhkan pada tahun 2011 merupakan sebuah organisasi yang terdiri daripada 15 orang mahasiswa daripada fakulti farmasi dan juga fakulti sains kesihatan. BSC membantu dan mendengar suara mahasiswa di UiTM Kampus Bertam.
From its humble beginnings, this organization of 15 committee members comprised of students from The Faculty of Pharmacy and Faculty of Health Sciences. BSC works as the Voice of Reason to unite the students of UiTM Bertam and the administration force of the campus.
VISI DAN MISI
- Menjadi inspirasi dan contoh kepada persatuan di UiTM Bertam serta mahasiswa dan berganding bahu secara aktif dalam memberi pembaharuan sosial dan kepimpinan sesama ahli jawatankuasa dan para mahasiswa.
- Memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa agar setanding dengan UiTM kampus lain.
COGAN KATA
"Fervent for eminence"
PENGERTIAN LOGO
- Warna kuning melambangkan keperibadian dan kerohanian dalam diri mahasiswa .
- Warna biru melambangkan perpaduan antara mahasiswa dan komuniti.
- Warna ungu melambangkan kekayaan ilmu mahasiswa yang tiada tandingan.
- Gambar manusia berlari memegang buku merah melambangkan ahli-ahli BSC menghantar maklumat-maklumat berkaitan daripada pihak atasan kepada pelajar dan juga sebaliknya.
- Gambar 3 jalur melambangkan ahli-ahli BSC melakukan kerja dengan cekap,pantas dan efisien dalam mengumpul maklumat atau pendapat daripada pelajar dan pihak pengurusan.