KENYATAAN SEBUTHARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar di dalam bidang/gred seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan/Kerja seperti berikut :

 

NO. SEBUT HARGA

 

 

TAJUK SEBUT HARGA

 

KELAYAKAN

 

 

 

PB/PER/PPB/3/3/23

 

TAWARAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN PERCETAKAN KEDAI NO.4 DI KOLEJ KEDIAMAN AL-ZAHRAWI UITM KAMPUS BERTAM UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN

 

Harga Dokumen : RM20.00 Senaskah

 

a) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di dalam Kod Bidang:

 

221506

 

DAN

 

b) Berdaftar dengan SSM

 

 

1.       Dokumen Sebut Harga

    Dokumen Meja Sebut Harga mula dipamer pada 15/08/2023 di PEJABAT BENDAHARI UITM CAWANGAN PULAU PINANG, KAMPUS BERTAM  pada waktu pejabat 8.15 pagi  4.45 petang.

 

2.    Lawatan Tapak/Taklimat bagi Sebut Harga di atas akan diadakan pada 18/03/2023 (JUMAAT) JAM 9.30 PAGI BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT KOLEJ AL ZAHRAWI , UITM CAWANGAN PULAU PINANG, KAMPUS BERTAM

 

3.     Kehadiran Petender ke Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Hanya Penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor sahaja (PPK), Sijil perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja yang boleh menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak tersebut. Petender tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada Penama di dalam sijil-sijil yang dinyatakan. Kontraktor yang TIBA LEWAT daripada masa yang telah ditetapkan untuk sesi Taklimat dan Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan seperti berikut:

       i.       Tidak dibenarkan menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak

                                      ii.     Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini

                                      iii.     Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Sebut Harga yang dibuka ini

 

4.   Dokumen Tawaran boleh dibeli Selepas Taklimat dan Lawatan Tapak di Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam pada waktu pejabat dengan menggunakan kaedah pembayaran pindahan atas talian (online banking) di atas nama BENDAHARI UiTM (No. Akaun : 07043011032914).

 

5.    Petender-petender dikehendaki membawa SIJIL ASAL KKM, Sijil Taraf Bumiputera atau SSM dalam gred seperti di atas dan menyerahkan satu Salinan (fotostat) semasa membeli Dokumen Sebut Harga tersebut.

 

6.   Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam dengan menulis nombor dan tajuk Sebut Harga di sebelah kiri atas di sampul tawaran berkenaan.

 

7.    Tawaran Sebutharga akan ditutup pada 23/08/2023 Jam 12.00 Tengahari.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA(UiTM)

Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam

13200 Kepala Batas,Pulau Pinang

Malaysia

 

Tel: +604-562 3444

Fax: +604-562 3488