UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING

Pengenalan

Unit Kerjaya & Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Pulau Pinang yang mula beroperasi pada 1 Januari 2012 bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembangunan kerjaya dan perkhidmatan kaunseling sejajar dengan hasrat UiTM melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan menepati kehendak industri.

Terdapat 3 fokus utama iaitu :

1. Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi

Perkhidmatan kaunseling dikendalikan oleh kaunselor berdaftar secara profesional untuk membantu klien memahami isu yang dihadapi dan meningkatkan kesejahteraan diri. Segala proses dijalankan adalah berdasarkan Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia).

Selain perkhidmatan kaunseling , terdapat juga perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuk bimbingan, konsultasi,mentadbir ujian psikologi serta program berkaitan kaunseling dan pembangunan psikologi.

2. Perkhidmatan Psikologi Staf

Perkhidmatan psikologi staf yang ditawarkan adalah bertujuan untuk mencapai kesejahteraan diri, meningkatkan kemahiran interpersonal serta menggalakkan perubahan diri menjadi lebih positif agar menymbang kepada peningkatan produktiviti dan prestasi.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan kaunseling dan konsultasi, pentaksiran ujian psikologi dan program latihan.

3. Perkhidmatan Pembangunan Kerjaya

Perkhidmatan pembangunan kerjaya dilaksanakan bagi memberi tumpuan untuk memastikan bahawa bakal graduan UiTM dipersiapkan dengan kualiti yang dikehendaki oleh majikan dan bersesuaian dengan kehendak pasaran semasa. Ia bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dan UiTM.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Program Pembangunan Kerjaya, Career Attack, Ceramah Kerjaya, Iklan Kerjaya dan Bimbingan Kerjaya dan lain lain.
Image
1. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kelompok
Sila klik pautan berikut untuk membuat temujanji secara atas talian: https://counselling2u.uitm.edu.my/index.cfm

2. Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan
Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut :

Peluang kerjaya dan jawatan kosong : https://jobshop.uitm.edu.my/

Pusat Kerjaya Kaunseling UiTM : https://careercounselling4u.uitm.edu.my/

Career Profiling NEXT: https://www.talentcorp.com.my/mynext

3. Mengadakan program-program Pembangunan Diri

4. Menyediakan sumber maklumat dan konsultansi
Layari media sosial Unit Kerjaya Kaunseling UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan terkini.

Facebook Unit Kerjaya Kaunseling UiTMCPP
https://www.facebook.com/ppsiuitmpenang

Twitter Unit Kerjaya Kaunseling 

https://twitter.com/mykaunselor

eKit Pengurusan Stress

Anda boleh membaca secara online atau muat turun eKit ini secara percuma. Sila klik gambar dibawah.

BIL

NAMA

JAWATAN

NO. TELEFON

E-MAIL

1.

Mohamad Hafiz Kamsani

Pegawai Psikologi Kanan

04-5623410

hafizkamsani@uitm.edu.my

2.

Che Nolia Ayob

Pembantu Tadbir Kanan

04-5623414

Chenorlia@uitm.edu.my

3.

Azram Ahmad

Pembantu Operasi

04-5623418

azram@uitm.edu.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 















                                                                                                                                                                                                                                                                   Update pada 26 September 2024

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Contact Us

Universiti Teknologi MARA(UiTM)

Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam

13200 Kepala Batas,Pulau Pinang

Malaysia

 

Tel: +604-562 3444

Fax: +604-562 3488