Program Jelajah Kasih - P'CES CSR-THB Maintenance Sdn. Bhd.

Pada 2 Disember 2023 yang lalu, telah berlangsungnya satu program khidmat masyarakat CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR), bersama kakitangan dan pelajar Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil (AQSA). Program ini melibatkan kesemua ahli kelab Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) seramai 36 orang peserta dengan kerjasama daripada pihak syarikat THB Maintenance Sdn. Bhd. iaitu seramai 15 orang staf. Program ini dianjurkan di Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil (AQSA), Taman Sejahtera, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bertujuan untuk membantu membersihkan kawasan sekitar pusat tersebut disamping mengecat bahagian luaran bangunan.