P’CES Clubhouse 2023 (Program Kepimpinan Jatidiri & CSR Bersama Penduduk/Masjid)

Pada 24 November 2023 sehingga 26 November 2023 telah berlangsungnya satu program untuk ahli kelab Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) iaitu P’CES Clubhouse bertempat di Pulau Pangkor, Perak. Program ini disertai oleh seramai 28 pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pulau Pinang yang semuanya adalah dikalangan ahli kelab ini sendiri dan 2 orang pensyarah pengiring iaitu Ts Fairus Azwan Azizan dan En Zaini Endut. Program ini adalah program kepimpinan dan khidmat komuniti dan dilaksanakan bertujuan untuk menajamkan sifat kepimpinan dikalangan para ahli dan juga meningkatkan jatidiri setiap ahli tersebut.